Berita Harian

‘Puteri Tioman’ kembali ke laut

Penyu agar 150kg dibebaskan selepas tiga bulan dirawat akibat masalah di bahagian usus telur

- Oleh Rosli Ilham

Selepas tiga bulan menjalani rawatan akibat masalah di bahagian usus telur, ‘Puteri Tioman’ akhirnya dilepaskan kembali ke laut.

Penyu agar seberat 150 kilogram (kg) diberi nama Puteri Tioman itu dilepaskan oleh Pengarah Kanan Bahagian Penyelidik­an Perikanan, Institut Penyelidik­an Perikanan Penyu dan Spesies Hidupan Marin Terancang (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang, Abu Talib Ahmad, kira-kira jam 6 petang kelmarin di Pantai Rantau Abang di sini.

Yang turut hadir, Pengarah FRI Rantau Abang, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir.

Ditemui lemah

Syed Abdullah berkata, penyu betina itu ditemui sekumpulan nelayan di Pulau Tioman, Pahang, Ogos lalu dalam keadaan lemah sebelum diserahkan kepada FRI Rantau Abang untuk rawatan.

“Kita mendapat kerjasama Pegawai Perubatan Jabatan Veterinar dan pakar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Ujian imbasan X-ray ke atas penyu itu mendapati ia menghadapi masalah untuk bertelur kerana usus di bahagian telur membengkak dan dijangkiti kuman.

Tali, sisa plastik dalam najis

“Pemeriksaa­n lanjut turut menemui tali dan sisa plastik serta gabus dalam najis penyu terbabit,” katanya.

Beliau berkata, penyu terbabit dirawat dengan diberi antibiotik bagi menghapusk­an jangkitan kuman dan diberi pelbagai vitamin.

“Alhamdulil­lah, dalam tempoh dua minggu, Puteri Tioman kembali pulih dan dapat bertelur dengan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia