Berita Harian

Tidak berduet dengan Fattah Amin

Janna Nick, Alvin Chong rakam lagu runut bunyi Coffee Prince

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Biarpun bintang sensasi, Janna Nick dan Fattah Amin, dipilih sebagai bintang utama Coffee Prince, namun ia bukan tiket untuk kedua-duanya berganding­an dalam rakaman lagu runut bunyi drama bersiri itu.

Sebaliknya, Janna akan merakamkan lagu ciptaan Aepul Drama Band yang belum berjudul itu dengan Alvin Chong.

Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu menjelaska­n, pemilihan Alvin, yang juga teman Fattah dalam siri The House, bukan dilakukan olehnya. Ia adalah keputusan pihak produksi.

Tidak ambil pusing dakwaan sesetengah pihak kononnya Fattah tidak mampu menyanyi dengan baik, Janna berkata, beliau sebenarnya tak kisah untuk berduet dengan sesiapa pun.

“Saya sebenarnya akan muncul dengan dua single bagi drama ini. Bagi lagu solo, saya akan merakamkan karya ciptaan Hael Husaini.

“Saya tidak kisah siapa pun yang menjadi gandingan saya dalam rakaman lagu. Paling penting, kami dapat memberikan kerjasama sebaiknya untuk proses rakaman lagu terbabit.

“Berduet dengan Alvin juga bukanlah satu kesalahan kerana dia sendiri adalah seorang penyanyi,” kata Janna yang kini dapat disaksikan lakonannya menerusi drama Dia, siaran TV3.

Bakal pegang watak jahat

Menjalani penggambar­an drama berkenaan sejak Ogos lalu, Janna memilih untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Coffee Prince, Justeru, beliau tidak menerima tawaran lain buat waktu ini.

“Selepas selesai penggambar­an drama arahan Michael Ang ini, saya akan kembali ke set drama terbitan JS Pictures, dengan memegang watak antagonis.

“Selepas sibuk berlakon dan menjadi duta produk, barulah saya ada sedikit waktu untuk kembali tumpukan kepada bidang seni suara,” katanya.

Hanya mengambil dua atau tiga projek setahun, Janna yang ditemui pada majlis pelancaran dan memperkena­lkan dirinya sebagai duta Cassandra di ibu kota, baru-baru ini, Janna berkata, beliau tidak terlalu mengejar tawaran.

Apatah lagi, banyak kerja yang memerlukan tumpuannya sejak bernaung di bawah syarikat pengurusan LOL Entertainm­ent.

“Alhamdulil­lah, sejak ada pengurus, kerjaya saya lebih teratur berbanding dulu. Malah, banyak tawaran yang saya terima ketika ini, termasuk menjadi duta hampir 10 produk dalam tempoh setengah tahun.

“Keputusan mengambil pengurus tepat kerana orang mula memandang diri saya dan jadual kerja pun semakin terurus,” kata Janna.

Cuba produk sebelum jadi duta

Dilantik sebagai duta produk makanan tambahan di bawah jenama Cassandra Beauty Dust selama setahun, Janna berkata, beliau meneliti terlebih duhulu keberkesan­an setiap produk yang perlu diwakili.

“Saya sudah membanding­kan produk ini dengan barangan sebelumnya dan konsep on the go yang diketengah mereka pula lebih memudahkan kita. Dengan jadual saya yang sibuk, umpamanya, saya boleh makan produk berkenaan di mana-mana saja.

“Sebelum ini, kulit saya agak gelap dan menggelupa­s sebab terlalu lama berada di bawah panas matahari ketika penggambar­an drama ini. Selepas dua bulan menggunaka­nnya, saya nampak kesannya dan dalam masa dua ke tiga hari saja, kulit saya kembali cerah,” katanya.

 ??  ?? Janna Nick
Janna Nick
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ?? Fattah dan Alvin berganding­an dalam siri The House.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] Fattah dan Alvin berganding­an dalam siri The House.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia