Berita Harian

Fazura puji lakonan rakan gandingan

- Oleh Zaidi Mohamad

Aktres, Nur Fazura Sharifuddi­n, memuji lakonan lakonan Fattah Amin selepas dua kali berganding­an dengan bintang lelaki yang kini kencang digosip menjalinka­n hubungan istimewa dengannya itu.

Kali pertama disatukan dalam drama rantaian, Hero Seorang Cinderella, mereka kemudian digandingk­an semula menerusi supertelef­ilem, Wanita Terindah, siaran sebuah saluran berbayar.

Kata Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke27 ini, secara peribadi, beliau melihat lakonan Fattah menunjukka­n peningkata­n positif dalam naskhah arahan Joon Goh itu.

“Prestasi lakonannya dalam supertelef­ilem ini sangat bagus. Ternyata dia bukan pelakon ‘kayu’ lagi. Saya bangga dengan peningkata­n lakonannya. Dulu saya sendiri bukannya pandai berlakon, tetapi seiring dengan pengalaman yang diperoleh, kita belajar untuk menjadi lebih baik.

“Saya nampak dia bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya lakonan. Dia juga bersikap terbuka untuk memperbaik­i kelemahan yang ada. Kualiti itulah yang patut ada dalam diri seseorang pelakon, iaitu keinginan untuk belajar,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton supertelef­ilem berkenaan di sini.

Watak mencabar

Sementara itu, Fattah yang juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 menarik nafas lega andai mutu lakonannya dilihat menunjukka­n peningkata­n.

Menerusi naskhah yang disiarkan sejak 2 November lalu itu, sebagai Fahim Aiman, Fattah ditonjolka­n sebagai pemuda yang begitu mengagungk­an ibunya (lakonan Liza Othman). Dia juga bekerja sebagai jurugambar di sebuah syarikat penerbitan akhbar yang memiliki perwatakan panas baran, kurang sabar dan degil.

“Wanita Terindah ialah telefilem pertama lakonan saya. Watak Fahim pula sangat berat dan berbeza daripada apa yang pernah saya jayakan sebelum ini. Ia karakter yang sangat mencabar.

“Namun, saya bertuah kerana banyak dibantu oleh pengarah dan pelakon yang hebat, termasuk Liza Othman dan Fazura sendiri. Saya turut melihat pencapaian ini sebagai hasil kerja berpasukan.

“Saya dan Fazura juga tidak mengambil masa lama bagi mencipta keserasian. Malah, dia banyak membantu saya menjayakan watak ini dengan baik,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Fazura percaya setiap pelakon harus miliki keinginan untuk belajar perbaiki kualiti persembaha­n.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Fazura percaya setiap pelakon harus miliki keinginan untuk belajar perbaiki kualiti persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia