Berita Harian

Terkenang kejadian hampir lemas di Jerteh

-

“Kalau bukan kerana disabarkan kawankawan dan masih ingatkan keluarga, hampir saja berlaku pertumpaha­n darah. Mujurlah ada kesilapan teknikal pada kontrak berkenaan, sekali gus membuatkan­nya terbatal. Kalau tidak, sehelai sepinggang kami anakberana­k,” imbas Saari dengan wajah sayu.

Menurut Saari, dia seorang yang suka mendahului orang lain berbanding diri sendiri. Justeru, apabila dirinya pernah hampir lemas sematamata untuk membantu insan lain, ia bukanlah sesuatu yang pelik.

Cerita Saari, peristiwa itu berlaku ketika dia dan teman akrabnya, Azam Dungun, pergi ke Terengganu untuk berubat.

Abai keselamata­n diri

“Selepas kemalangan, keadaan saya masih lemah, terutama pada bahagian tangan. Satu hari, sahabat baik, Azam Dungun, mengajak saya pulang ke kampungnya di Terengganu untuk berubat. Ketika di sana, kami sempat pergi berkelah di sebuah pantai di Jerteh.

“Sedang kami berehat, tibatiba saya ternampak seorang wanita hampir lemas. Secara tibatiba, tanpa berfikir panjang, saya berlari ke laut untuk menyelamat­kan mangsa tanpa memikirkan keadaan diri. Sudahlah tangan saya memang sukar untuk digerakkan, mangsa terbabit pula merontaron­ta.

“Melihat keadaan itu, Azam turun ke laut untuk menyelamat­kan kami. Azam terlebih dulu menyelamat­kan wanita ber kenaan. Dalam keadaan terkapaika­pai, barulah saya teringat, saya boleh berenang kuak lentang dan teknik renang itulah yang membawa saya kembali ke pantai,” imbasnya.

Berikutan kejadian itu, Saari berkata, dia dimarahi Azam kerana bertindak berani tanpa memikirkan keselamata­n diri.

“Azam memang betulbetul marah dengan saya kerana membahayak­an diri sendiri. Walaupun saya sedar ia salah saya, namun saya tak boleh nak cakap apaapa kerana kejadian itu berlaku spontan. Takkan saya nak biarkan insiden berkenaan berlaku di depan mata tanpa berbuat apaapa,” kata Saari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia