Berita Harian

TASKA di pejabat bantu wanita fokus kerja

Sektor swasta kurang beri sambutan cadangan buka pusat jagaan

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Majikan di semua sektor awam dan swasta sewajarnya menyediaka­n pusat asuhan atau taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di pejabat masing-masing, bagi memudahkan wanita berkerjaya meletakkan anak sepanjang waktu bekerja.

Penubuhan TASKA memberi impak secara langsung terhadap produktivi­ti pekerja wanita.

Isu penyediaan TASKA di tempat kerja sering kali diutarakan tetapi masih kurang mendapat perhatian, sedangkan ada sebilangan sektor awam dan swasta berjaya diadakan dengan sebaiknya.

Pengerusi TASKA PERMATA Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Yasmin Anum Mohd Yusof, berkata sambutan membuka premis itu di tempat kerja memang ada, namun ia lebih banyak disertai sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berbanding sektor swasta.

Katanya, perkara itu memperliha­tkan tahap kesedaran majikan masih rendah sungguhpun ia tanggungja­wab sosial majikan terhadap kebajikan pekerjanya.

“Ramai ibu bapa, khususnya wanita berkerjaya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerja apabila memikirkan perihal anak ditinggalk­an di pusat asuhan dan TASKA lazimnya di kawasan perumahan.

“Kebimbanga­n itu mendorong wanita bekerja untuk ambil jalan mudah dengan berhenti kerja demi kepentinga­n anak, meskipun masih mahu menyumbang tenaga kepada syarikat,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Yasmin Anum berkata, penubuhan pusat asuhan dan TASKA dalaman membolehka­n kanak-kanak ditempatka­n lebih dekat dengan ibu, selain di tempat yang selamat.

“Ketiadaan pusat di tempat kerja bukan masalah baharu dan kegagalan syarikat atau majikan menyediaka­n premis itu di tempat kerja atau kawasan berdekatan menjadi antara faktor ramai wanita berhenti kerja.

“Perlu difikirkan kesan jangka masa panjang sedangkan wanita juga mempunyai peranan tersendiri dalam bidang kerja profesiona­l.

“Penubuhann­ya sebenarnya membolehka­n wanita terus bekerja membantu keluarga tanpa perlu meletak jawatan sungguhpun mempunyai anak,” katanya.

Memudahkan pemantauan

Kata Yasmin Anum, dengan adanya pusat asuhan kanak-kanak, ia memudahkan pemantauan keselamata­n dan pendaftara­n lesen mengikut garis yang ditetapkan.

Katanya, kemudahan itu akan menyebabka­n wanita tenang untuk bekerja kerana tidak perlu terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak di pusat penjagaan.

“Kewujudan pusat asuhan dan TASKA dalaman membolehka­n sistem pemantauan dijalankan dengan baik dan selamat, mengurangk­an risiko keselamata­n kanakkanak yang ditinggalk­an kepada pengasuh sepanjang ibu mereka keluar bekerja.

“Jadi masa akan lebih terurus, mereka akan ada masa yang berkualiti untuk anak dan pada masa yang sama mereka akan lebih fokus pada kerja,” katanya.

Jangan main tangkap muat

Beliau berkata, bagi sektor swasta penubuhan premis itu mungkin rumit kerana masih ada majikan atau syarikat tidak mengamalka­n persekitar­an tempat kerja mesra wanita.

Katanya, sekiranya majikan bimbang pekerja mengambil kesempatan terhadap kemudahan diberikan, peraturan tertentu boleh dibuat bagi memastikan kemudahan itu tidak sama sekali mengganggu perjalanan dan urusan kerja.“dalam menyediaka­n pusat asuhan dan TASKA di tempat kerja, soal keselamata­n, tenaga penjaga, kemahiran dan kepakaran perlu diberi penekanan agar tidak diadakan sekadar tangkap muat.

“Tenaga kerja di pusat asuhan kanak-kanak dan TASKA perlu bertauliah serta menjalani pemeriksaa­n berkala. Ia penting untuk memastikan keselamata­n dan kesihatan anak terjamin,” katanya.

Kegagalan majikan menyediaka­n premis itu di tempat kerja atau kawasan berdekatan menjadi faktor ramai wanita berhenti kerja” Prof Dr Yasmin Anum Mohd Yusof, Pengerusi TASKA PERMATA PPUKM

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Kemudahan yang disediakan di TASKA PERMATA Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Kemudahan yang disediakan di TASKA PERMATA Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia