Berita Harian

LQ Kopi Penawar Hitam tawar peluang niaga

-

Kuala Lumpur: Perniagaan berasaskan produk makanan dan minuman (F&B) boleh berkembang maju jika peluang, serta kemahiran untuk menghasilk­an produk menepati pasaran masa kini.

Melihat peluang itu, rangkaian LQ Kopi Penawar Hitam umpamanya mengambil peluang mengetenga­hkan minuman berasaskan kopi, seiring permintaan pelanggan yang mahukan cita rasa berbeza.

Penolong Pengurus LHR Multi Enterprise, Maria Nazra Mohd Salim, berkata peluang perniagaan berasaskan F&B boleh berkembang maju sekiranya peluang dan kemahiran dimiliki wanita digunakan sebaiknya.

Katanya, sejak kopi ini mula diperkenal­kan April lalu, kami mempunyai lebih 20 suri rumah menjadi ejen memasarkan produk itu.

“Setiap ejen mampu memperoleh keuntungan 45 peratus, manakala bagi pengedar pula 65 peratus daripada hasil jualan setiap unit dan jenis kopi diketengah­kan syarikat kami.

“Keuntungan tinggi itu juga membolehka­n wanita terutama suri rumah menjalani perniagaan sambilan tanpa perlu mengeluark­an modal besar untuk membantu pendapatan keluarga,” katanya.

Perniagaan dalam talian

Kata Maria Nazra, pihaknya menjalanka­n perniagaan secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan mendapatka­n produk ini.

Katanya, kopi itu menyediaka­n dua pilihan kopi pracampura­n iaitu Kopi ‘O’ dan krimer dengan gabungan herba diluluskan Kementeria­n Kesihatan.

“Kaedah perniagaan ini mudah dengan modal rendah dan tiada masalah wanita memulakann­ya, selain waktu kerja bebas tanpa jejaskan masa bersama keluarga.

“Mereka boleh melakukann­ya pada bila-bila masa dan tempat, dengan kemudahan mengakses internet atau berjumpa dengan pelanggan,” katanya.

Produk ini akan di pasarkan ke Brunei menjelang awal tahun depan, sekali gus membuka peluang perniagaan kepada wanita di negeri terbabit.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Maria Nazra menunjukka­n kopi keluaran LHR Multi Enterprise di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Maria Nazra menunjukka­n kopi keluaran LHR Multi Enterprise di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia