Berita Harian

Obor-obor jana pendapatan wanita

Pembinaan kilang proses di Kampung Sampat beri manfaat penduduk sekitar

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof dan Mahani Ishak

Pembinaan kilang pemprosesa­n obor-obor di Kampung Sampat, Sarawak memberi peluang kepada wanita di kawasan terbabit, menambah kemahiran dan sumber pendapatan baharu.

Pada masa sama, kilang itu memberi manfaat kepada kira-kira 800 penduduk di situ, kerana tidak perlu bergantung kepada hasil pertanian dan laut semata-mata untuk menjana ekonomi.

Bagi suri rumah, Duia Abu, 50, berkata sejak bekerja di kilang pemproses obor-obor, beliau berupaya memperoleh kira-kira RM500 sebulan.

Beliau yang sebelum ini hanya suri rumah, memberitah­u kerja memproses obor-obor, termasuk membersihk­an hidupan itu, tidak terlalu sukar. Justeru, sesuai dengan kudratnya yang semakin berusia.

“Obor-obor mengikut musim. Kalau tiba musim obor-obor banyak, iaitu antara Mac hingga Julai, tempoh bekerja saya hingga lima jam sehari, tetapi kalau sikit saya hanya mengambil masa beberapa jam sahaja sehari,” katanya ketika ditemui di kilang memproses oborobor Ah Kong Enterprise, baru-baru ini.

Kilang yang wujud sejak 1970-an itu memulakan operasi di Sadong Jaya, dekat sini. Bagaimanap­un sejak dua tahun lalu, kilang berkenaan menambah cawangan di Kampung Sampat.

Pusat pengumpula­n ikan

Kilang berkenaan turut menjadi pusat pengumpula­n ikan. Kira-kira 100 pekerja wanita dari kampung berkenaan turut bekerja di kilang memproses obor-obor dan hasil laut lain.

Sebuyau yang terletak di bawah Parlimen Batang Lupar dengan keluasan 2,024 kilometer persegi, memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Lingga dan Beting Maro dengan Sebuyau terkenal dengan produk perusahaan laut seperti pemprosesa­n obor-obor. Pekerja

Selain pasaran tempatan, produk kilang berkenaan banyak dieksport ke Jepun dan Taiwan.

Lawatan ke kilang obor-obor itu sebahagian daripada pengisian Kembara Batang Lupar 2017 anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Pejabat Parlimen Batang Lupar.

Program yang bertujuan bagi melihat produk di sekitar Parlimen Batang Lupar itu disertai 37 pengamal media tempatan dan Kuala Lumpur, dalam kembara selama tiga hari bermula 20 Oktober lalu.

Sumber pendapatan baharu

Duia yang juga ibu kepada enam cahaya mata ini berkata, pekerjaan itu memberikan peluang kepadanya menyumbang kepada ekonomi keluarga, walaupun sudah dimamah usia.

“Bekerja memberikan saya lebih semangat dan disiplin. Setiap pagi saya akan menguruska­n rumah tangga sebelum keluar bekerja. Saya seronok apabila bersama rakan bekerja di sini,” katanya.

Selain produk obor-obor, pekerja wanita di kilang itu turut bekerja membersihk­an ikan dan hasil tangkapan nelayan.

Bagi ibu kepada tujuh cahaya mata, Jaibah Daud, 39, beliau seronok memiliki pekerjaan sampingan yang menjanjika­n upah harian dengan mudah seperti itu.

Beliau berpendapa­t, wanita khususnya yang berada di luar bandar, sesuai melakukan pekerjaan yang bukan sahaja dekat dengan rumah tetapi memberi keanjalan masa untuk turut sama menguruska­n rumah tangga.

“Pekerjaan membantu wanita memperoleh pendapatan untuk menjana ekonomi keluarga dan negara.

“Saya sangat mengalu-alukan pembinaan kawasan perusahaan berhampira­n kediaman kerana ia lebih memudahkan wanita khususnya memiliki anak kecil,” katanya.

Kawasan sekitar Sebuyau memiliki potensi pembanguna­n ekonomi dengan adanya perusahaan tempatan termasuk obor-obor, terubuk masin dan madu kelulut.

Pada 2016 nilai eksport makanan diproses seluruh Malaysia dianggarka­n mencecah RM20 bilion dengan hasil dieksport ke lebih 200 negara seluruh dunia.

Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2016 menganggar­kan lebih 38,000 penduduk sekitar terdiri daripada 65 peratus Melayu dan selebihnya Iban dengan ratarata bekerja sebagai petani dan nelayan, bukan sahaja membuktika­n tenaga kerja wanita diiktiraf tetapi penyumbang kepada lonjakan ekonomi keluarga dan negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia