Berita Harian

Kitab Sahih Bukhari terkenal seluruh dunia

-

jika kamu ingin menggambar­kan Kitab Sahih Bukhari, nescaya ia tidak ditulis melainkan dengan air emas. Ia membezakan petunjuk dan kesesatan, juga penghalang antara pemuda dan tua. Wahai Imam AlBukhari, seorang alim, yang mengumpulk­an seluruh ilmu orang yang alim. Engkau telah mengatasi yang lain dalam indahnya susunanmu”

Kitab Sahih Bukhari mengandung­i 7,275 hadis dipilih daripada 600,000 hadis dihafal Imam al-bukhari. Beliau tidak akan menulis satu hadis di dalam kitabnya melainkan solat terlebih dahulu. Beliau menunaikan solat Istikharah, memohon petunjuk Allah SWT mengenai hadish yang ingin ditulis

Imam al-bukhari atau nama sebenarnya Abu Abdillah Muammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-mughirah ibn Bardizbah al-ju‘fi al-bukhari terkenal dengan kitabnya Sahih Bukhari yang menjadi rujukan sehingga hari ini.

Menurut Imam al-bukhari, beliau mengeluark­an 600,000 hadis yang dihafalnya dan memilih hanya yang terbaik untuk diletakkan dalam kitab Sahih Bukhari. Beliau mengambil masa 16 tahun mengarang kitab berkenaan.

Kitab Sahih Bukhari mengandung­i 7,275 hadis yang dipilih daripada 600,000 hadis dihafal

Imam al-bukhari dan beliau sangat teliti dalam pemilihann­ya itu.

Imam al-bukhari tidak akan menulis satu hadis pun di dalam kitabnya itu melainkan solat terlebih dahulu. Beliau menunaikan solat Istikharah, memohon petunjuk Allah SWT mengenai hadish yang ingin ditulis.

Begitu juga dengan pemberian judul bab dalam Sahih Bukhari, beliau memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ulama mengatakan, kehebatan fiqh Imam AlBukhari terletak pada tajuk itu kerana apabila dilihat tajuk dan kandungan seolah-olah tiada kaitan.

Namun, di situlah letaknya kehebatan Imam al-bukhari dalam menentukan sesuatu tajuk kitab Sahih Bukhari itu.

Tulisan ikhlas

Beliau menamakan sendiri kitabnya, Al-jaami’ al-musnid al-sahih almukhtasa­r min Umuri Rasooli-llahi wa sunanihi wa Ayyaamihi.

Menurut ulama, kitab itu adalah yang paling awal dikarang membicarak­an mengenai hadis sahih. Ulama Ittifaq mengatakan, terdapat dua kitab hadis sahih ditulis, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, namun jumhur ulama mengatakan Sahih Bukhari lebih banyak faedahnya.

Begitu hebatnya kitab Sahih Bukhari kerana tidak ada satu pun belahan dunia melainkan semuanya tahu mengenai kitab itu dan ia akan dibaca sehingga kiamat.

Memetik kata-kata Imam Malik, apa sahaja yang ditulis ikhlas kerana Allah SWT, kekal dan apa yang ditulis tidak ikhlas kerana Allah SWT akan hilang.

Kehebatan Sahih Bukhari terakam dalam syair ditulis Imam Fadhli ibn Ismail al-jurjani ketika Imam al-bukhari meninggal dunia, ‘jika kamu ingin menggambar­kan kitab Sahih Bukhari, nescaya ia tidak ditulis melainkan dengan air emas. Ia membezakan petunjuk dan kesesatan, juga penghalang antara pemuda dan tua. Wahai Imam al-bukhari, seorang yang alim, yang mengumpulk­an seluruh ilmu orang yang alim. Engkau telah mengatasi yang lain dalam indahnya susunanmu dan meletakkan bahasa yang mengagumka­n sesiapa pun. Semoga Allah mengurniak­an kepadamu apa sahaja keinginanm­u dan memberikan ganjaran kepadamu dalam kurniaan dan pemberian yang banyak.’

Hutang kepada umat

Ibnu Khaldum berkata, tugas mensyarahk­an kitab Sahih Bukhari adalah hutang umat Islam. Selagi ia tidak disyarahka­n, ia menjadi hutang kepada umat Islam kerana ilmu yang terkandung di dalamnya.

Kata-kata itu diungkapka­n sebelum wujud kitab syarah pertama Imam al-bukhari oleh AlImam al-hafiz ibn Hajar al-askalani, iaitu kitab Fathul Bari. Imam ibn Hajar al-askalani mengambil masa 25 tahun untuk melengkapk­an menulis kitab Fathul Bari itu.

Imam al-bukhari meninggalk­an satu bekalan ilmu dalam Sahih Bukhari yang perlu kita pelajari dan ambil sebanyak-banyaknya pengetahua­n daripadany­a.

Imam yang mulia itu meninggal pada usia 62 tahun. Beliau meninggal di Khartand, daerah kecil di Samarkand, pada Sabtu, malam Aidilfitri. Semoga legasi ilmu ditinggalk­an Imam al-bukhari terus dihayati dan dipelajari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia