Berita Harian

Sifat suka mengungkit sedekah hapus pahala

-

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ketika Allah menciptaka­n bumi, ia sering bergegar. Maka, Dia menciptaka­n gunung-ganang, lalu mengisyara­tkannya ke atas bumi dan ia pun menjadi tetap. Malaikat berasa kagum dengan kekuatan gunung-ganang. Mereka berkata, wahai Tuhanku, adakah terdapat makhluk-mu yang lebih kuat daripada gunung-ganang? Allah SWT berfirman: Ya, besi. Mereka berkata, Wahai Tuhanku, adakah terdapat makhluk-mu yang lebih kuat daripada besi? Allah SWT berfirman: Ya, api. Mereka berkata, wahai Tuhanku, adakah terdapat makhluk-mu yang lebih kuat daripada api? Allah SWT berfirman: Ya, air. Mereka berkata, wahai Tuhanku, adakah terdapat makhluk-mu yang lebih kuat daripada air? Allah SWT berfirman, Ya, angin. Mereka berkata, wahai Tuhanku, adakah terdapat makhluk-mu

yang lebih kuat daripada

angin? Allah SWT berfirman, Ya, anak Adam yang bersedekah dengan suatu sedekah dengan tangan kanannya sambil menyembuny­ikan daripada tangan kirinya.” (Riwayat al-tirmizi)

Kuat bukan fizikal sahaja

Allah SWT melebihkan manusia ke atas makhluk-nya yang lain dalam pelbagai perkara. Oleh itu, keikhlasan kepada Allah SWT dalam setiap amalan dapat mengatasi kekuatan dan kehebatan makhluk Allah SWT yang lain.

Jangan membatalka­n dan menghapusk­an pahala sedekah dengan mengungkit pemberian dan mengucapka­n perkataan yang boleh menyakiti penerima. Sebaiknya, biarlah sedekah yang diberi tidak diketahui oleh orang lain.

Namun, jika ingin mengajak orang lain untuk bersama menyumbang, adalah tidak salah kita memberitah­u kebaikan yang dilakukan supaya boleh menjadi pendorong kepada pihak lain melakukan perkara sama.

Kekuatan tidak diukur secara fizikal kerana kesediaan untuk berkongsi rezeki dimiliki dan membantu golongan yang dalam kesusahan juga dikira sebagai kekuatan.

Bukan semua orang bersedia memberi apa yang dimiliki dan menghulurk­an pertolonga­n kepada orang yang tidak dikenaliny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia