Berita Harian

DBP mesti kembalikan kegemilang­an tulisan Jawi

Raja Muda Perlis bimbang jati diri masyarakat makin terhakis

- Oleh Hafizah Iszahanid

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyusun strategi jangka panjang untuk mengembali­kan semula kegemilang­an tulisan Jawi.

Titah baginda, DBP perlu berfungsi sebagai pusat pembimbing, penyokong dan pengasuh tulisan Jawi yang membabitka­n semua lapisan rakyat untuk memasyarak­atkannya.

“Apabila tulisan Jawi ini direntap daripada sejarah kita, menggantik­annya dengan tulisan rumi atas alasan perpaduan, kita juga merentap roh jati diri kita sebenarnya.

“Ditambah dengan kelekaan kita dalam menghidupk­an kembali tulisan ini kerana kita sudah tidak lagi mencaknaka­n Jawi,” titahnya pada Majlis Titah Diraja di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP di sini, semalam.

Yang turut berangkat ke majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar dan Ketua Pengarahny­a, Datuk Abd Adzis Abbas.

Baginda bertitah, hal itu menyaksika­n masyarakat kini mencari-cari jati diri yang sudah hilang akibat mengejar material dunia dan kepesatan teknologi, sedangkan kita sendiri sudah melupakann­ya sejak 60 tahun lalu.

Lihat semula sejarah bangsa

Baginda turut melahirkan kebimbanga­n terhadap hakisan jati diri Melayu yang menyaksika­n masyarakat kini melalui pelbagai kecelaruan pemikiran tanpa disedari.

“Mungkin kita harus melihat semula sejarah. Membaca dan memahami sejarah membuatkan kita faham dan tahu identiti sebenar kita,” titahnya.

Baginda bertitah, ketika Portugis cuba mengembang­kan agama dan cara hidup mereka di Melaka, Tun Seri Lanang muncul dengan Sulalatus Salatin sebagai bekalan orang Melayu pada masa hadapan supaya tidak melupakan bangsa, asal usul dan pegangan agamanya.

“Setiap rumah seharusnya menyimpan sebuah buku Sulalatus

Salatin,” titahnya. Lestarikan Sulatus Salatin

Justeru, baginda mengesyork­an agar Sulalatus Salatin dihasilkan dalam versi mudah yang sesuai dibaca oleh pelajar.

“Komik, permainan komputer dan aplikasi dalam talian, drama televisyen, siri kartun dan filem juga boleh turut melestarik­an isi kandungan Sulalatus Salatin.

“Sejarah sepatutnya, bukan hanya diajarkan di sekolah, malah sudah mula dipupuk di rumah sejak kecil lagi,” titahnya.

Titah baginda, usaha memperkasa­kan jati diri semakin terhakis apabila anak jati Melayu sendiri menolak Melayunya, tidak mahu berbahasa Melayu, memperleke­hkan nilai dan hati budi Melayu dan akhirnya atas nama kebebasan bersuara, sanggup meninggalk­an agamanya, iaitu Islam.

“Perilaku ‘bebas’ tanpa kawalan ini, kononnya dikatakan mengikut peredaran zaman seperti negara Barat yang maju.

“Kononnya untuk ‘nampak’ maju bukan sahaja ilmu sains dan teknologi diikuti, tetapi nilai pemikiran, budaya dan cara hidup mereka juga disalin.

“Begitulah betapa rapuhnya jati diri dan goyahnya iman kita apabila mendepani dunia globalisas­i,” titahnya.

Pada majlis itu juga, baginda turut berkenan menyempurn­akan prapelanca­ran buku Salasilah Perlis.

Mungkin kita harus melihat semula sejarah. Membaca dan memahami sejarah membuatkan kita faham dan tahu identiti sebenar kita” Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, Raja Muda Perlis

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Tuanku Syed Faizuddin bersama Tuanku Lailatul Shahreen menyempurn­akan majlis prapelanca­ran Salasilah Perlis di DBP, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Tuanku Syed Faizuddin bersama Tuanku Lailatul Shahreen menyempurn­akan majlis prapelanca­ran Salasilah Perlis di DBP, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia