Berita Harian

Beza penulisan kreatif dengan kewartawan­an

-

Kuala Lumpur: Dunia penulisan kreatif disifatkan pengarang kelahiran United Kingdom (UK), Sathnam Sanghera, sebagai proses sangat sunyi, berbeza dengan pengalaman­nya ketika memakai topi wartawan di The Times, London.

Pengarang yang muncul dengan naskhah pertamanya, The Boy With The Topknot: A Memoir of Love, Secrets and Lies in Wolverhamp­ton

itu menggambar­kan dunia kewartawan­an sebagai hari yang dipenuhi dengan drama.

“Menulis pula berbeza kerana ia sangat sunyi dan akan sentiasa ada orang yang cuba menulis lebih baik daripada anda.

Berfikir secara konsisten

“Apabila tidak menulis sekali pun, kita masih berfikir secara konsisten mengenai penulisan kerana ia sebahagian proses menulis.

“Ada masa kita mahu mengelak daripada menulis, tetapi apabila berlaku, ia akan menjadi proses menarik dan sukar tetapi mendefinis­i seseorang pengarang,” katanya pada temuramah yang dipetik melalui Verve Magazine.

Naif mula-mula menulis

Sanghera yang menulis mengenai memoir keluargany­a berkata, beliau sangat naif ketika menulis naskhah itu menyebabka­n ia ditulis sangat intim dengan tanggapan tidak sesiapa akan membacanya.

“Memori keluarga adalah konsep yang lebih dekat dengan masyarakat Barat berbanding orang India yang biasanya tidak bercakap mengenai keluarga mereka dan saya tidak menyedarin­ya sehinggala­h saya menulis buku itu

“Buku kedua saya lebih berkisar sejarah dan sosiologi masyarakat Asia British di Britain dan saya rasa generasi sebelum saya melalui banyak kesukaran, tetapi mereka enggan bercakap mengenainy­a menyebabka­n ia tidak pernah didokument­asi yang saya anggap sebagai ‘tragedi’,” katanya.

Sanghera yang menggemari tulisan oleh Arnold Bennett dan Junot Diaz berkata, sebelum ini beliau banyak membaca sesuatu karya kerana bahasa dan humornya.

 ??  ?? Sathnam Sanghera
Sathnam Sanghera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia