Berita Harian

Pendidikan Islam boleh dijadikan produk baharu pelanconga­n

-

Peruntukan dalam Bajet 2018 sekali lagi mengarah kepada pembanguna­n pelanconga­n domestik perlu mendapat sambutan baik dan diusahakan dengan jaya.

Rancangan menaik taraf beberapa lapangan terbang melalui tabung infrastruk­tur pelanconga­n berjumlah RM1 bilion, dijangka meningkatk­an kebanjiran pelancong tempatan dan luar negara seperti di Langkawi, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Sandakan.

Namun, pertimbang­an perlu diperincik­an dengan jelas kepada destinasi pelanconga­n lain yang mungkin menggugat keseimbang­an ekosistem sedia ada. Sebaliknya memberikan tumpuan pembanguna­n infrastruk­tur asas yang lain.

Selain mempertimb­angkan keperluan meningkatk­an pembanguna­n dan infrastruk­tur destinasi pelanconga­n domestik yang berasaskan hutan, pantai dan tanah tinggi yang menjadi tumpuan rakyat tempatan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Dengan sejumlah lebih 100 destinasi pelanconga­n berasaskan hutan (hutan lipur) dan pantai di seluruh Malaysia, pasti mampu mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n ekologi yang sukar ditandingi negara lain.

Destinasi percutian menarik

Sebaliknya, mampu menjadi destinasi percutian menarik atau destinasi perfileman yang terkenal. Apa diperlukan hanya perancanga­n pembanguna­n yang terancang dan pemasaran yang tepat.

Perhatian yang berterusan kepada pelanconga­n bernilai tinggi seperti pelanconga­n kesihatan seharus diutamakan, sementara melakukan sedikit penyelaras­an dan pertimbang­an kepada pelanconga­n pendidikan. Fokus pelanconga­n pendidikan perlu mengarah kepada negara baharu serantau seperti ASEAN dan negara baru membangun.

Promosi ke negara yang baru membangun melalui program tajaan kerajaan mereka bukan sahaja dapat menjalinka­n kerjasama pendidikan baharu, tetapi menjamin pengaliran mata wang yang konsisten melalui pembanguna­n produk pelanconga­n pendidikan.

Untuk menjamin kelestaria­n industri pelanconga­n Malaysia, pencarian produk pelanconga­n baharu perlu diteruskan. Seiring dengan peruntukan Bajet 2018 yang memberikan ruang kepada pembanguna­n tahfiz di Malaysia, Kementeria­n Pelanconga­n perlu menangguk di air jernih dengan mengangkat institusi tahfiz sebagai produk pelanconga­n pendidikan agama pada peringkat antarabang­sa.

Dengan menjalinka­n kerjasama baik dengan komuniti Islam dapat menjayakan misi ini. Permintaan daripada komuniti Islam terhadap pengajian ini dijangkaka­n positif. Di dapati lebih 300 juta umat Islam pada hari ini, atau seperlima daripada populasi Muslim dunia, hidup di negara yang Islam bukan agama majoriti.

Namun, di negara itu, didapati populasi umat Islam adalah tinggi. Sebagai contoh di India, populasi umat Islam berada pada kedudukan ke-3 terbesar, umat Islam di China pula dilaporkan lebih ramai daripada di Syria.

Begitu juga di Russia, umat Islam lebih besar dari Jordan dan Libya. Jika pemasaran berkesan dapat dilaksanak­an pasti membuahkan permintaan yang baik dari sudut pelanconga­n pendidikan Islam. Bukan sahaja faktor agama yang dianuti oleh Malaysia, tetapi juga dipengaruh­i faktor ekonomi dan politik yang stabil.

Justeru, perancanga­n teliti dan infrastruk­tur bertaraf antarabang­sa harus diberi perhatian oleh kerajaan termasuk sektor pelanconga­n dan pastinya perlu membabitka­n sektor pendidikan negara.

Penyaluran bantuan (Bajet 2018) melalui Tabung Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mungkin berjaya meringanka­n beban kewangan yang dihadapi agensi pengendali pelanconga­n, apabila kelembapan ekonomi mengurangk­an permintaan pelanconga­n dari dalam negara.

Namun, latihan menghadapi situasi kemeleseta­n diperlukan selain keupayaan meningkatk­an daya saing. Melalui globalisas­i ekonomi dan perdaganga­n, kebolehcap­aian agensi pengendali asing terhadap destinasi pelanconga­n Malaysia tidak dapat dinafikan. Selain wujudkan ejen pelanconga­n tidak rasmi.

Pelanconga­n bermusim menjadikan industri ini sangat memuncak pada satu-satu masa. Ini menjadikan destinasi percutian ada kala terlalu sesak dengan permintaan melebihi penawaran. Jika tidak ditangani akan menjejaska­n kualiti perkhidmat­an yang mampu ditawarkan dan akhirnya membawa kepada ‘degradasi’ dalam industri berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia