Berita Harian

Serangan Texas ragut 26 nyawa

Trump label perbuatan orang sakit mental, bukan isu senjata

-

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan 20 lagi cedera selepas seorang lelaki muda bertindak liar melepaskan tembakan rambang di sebuah gereja, di sini dalam insiden terbaru pembu- nuhan beramai-ramai di Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa berkata, penyerang berpakaian jaket kalis peluru dikenali sebagai Devin Kelley, 26, seorang lelaki kulit putih yang ditemui mati di dalam sebuah kenderaan selepas di serang penduduk setempat.

Semua mangsa berusia antara lima sehingga 72 tahun ditembak mati di Gereja First Baptish, di sini, sebuah kejiranan luar bandar dengan 400 penduduk, kira-kira 50 kilometer di tenggara San Antonio.

Seluruh negara berkabung

Presiden AS, Donald Trump berkata, seluruh negara berkabung dan melalui ‘waktu gelap’ tetapi senjata tidak boleh disalahkan dalam serangan yang berlaku kelmarin.

Insiden itu berlaku lima minggu selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Las Vegas yang dianggap terburuk dalam sejarah AS moden.

“Saya fikir kesihatan mental adalah masalah utama. Ia amat jelas berdasarka­n laporan awal dan individu ini sangat gila,” katanya ketika berucap di Tokyo dalam rangka lawatannya ke Asia.

Katanya, senjata tidak seharusnya disalahkan dalam situasi itu kerana ia lebih kepada masalah kesihatan mental. →

Saya fikir kesihatan mental adalah masalah utama. Ia amat jelas berdasarka­n laporan awal” Donald Trump, Presiden AS

Tentera Udara AS mengesahka­n Kelley pernah berkhidmat di pangkalan udara di New Mexico sejak 2010 sebelum dihukum mahkamah tentera pada 2012 kerana didapati bersalah mendera isteri dan anaknya.

Jurucakap tentera udara, Ann Stefanek berkata, disebabkan kesalahan itu dia dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan diberhenti­kan pada 2014 kerana berkelakua­n buruk.

Ketika melakukan serangan, Kelly dikatakan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan di luar bangunan gereja sebelum memasuki bangunan itu.

Pengarah Wilayah Jabatan Keselamata­n Awam Texas, Freeman Martin berkata, sebaik berada di dalam bangunan gereja dia terus melepaskan tembakan.

Suspek dikejar penduduk

“Ketika dia keluar daripada gereja, penduduk tempatan bertindak merampas senapang yang digunakan. Suspek melepaskan senapang jenis rifel AR Ruger dan melarikan diri. Dia kemudian dikejar penduduk,” kata Martin.

Pihak berkuasa kemudian menjumpai mayatnya di dalam kereta, yang terbabit dalam kemalangan di Wilson-guadalupe. Tidak dapat dipastikan sama ada dia membunuh diri atau ditembak penduduk tempatan.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Dua penduduk berwajah sedih memegang lilin tanda berkabung selepas insiden tembakan rambang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Dua penduduk berwajah sedih memegang lilin tanda berkabung selepas insiden tembakan rambang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? Pegawai penguatkua­sa menyiasat insiden serangan maut yang berlaku di Gereja Baptist Church di Sutherland Springs, kelmarin.
Pegawai penguatkua­sa menyiasat insiden serangan maut yang berlaku di Gereja Baptist Church di Sutherland Springs, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia