Berita Harian

Tempoh sabar Trump berakhir

Washington beri Pyongyang amaran, sokong misi Jepun

-

l

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran keras, semalam bahawa tempoh ‘kesabaran strategik’ dengan Korea Utara sudah berakhir selepas mendapat sokongan padu Jepun mengenai dasar beliau mempertimb­angkan segala opsyen menghapusk­an negara rejim itu.

Beliau menyifatka­n program nuklear Korea Utara sebagai ancaman kepada dunia dari segi keamanan dan kestabilan antarabang­sa dan beranggapa­n impian musuh itu harus disekat segera.

Trump bersuara ketika membuat kunjungan hari kedua ke Asia yang penuh dengan tajuk krisis serantau.

“Era kesabaran strategik sudah berakhir,” katanya ketika berdiri bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Tokyo, semalam.

Namun, kata-katanya itu berlawanan dengan apa disebutnya tempoh hari apabila menyuaraka­n kesediaan menemui pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Masih terlalu awal

Mendedahka­nnya dalam temu bual program ‘Full Measure’ bersama pengacara Sharyl Attkisson, yang disiarkan kelmarin ketika memuuntuk lakan lawatan di Asia, Trump memberitah­u akan menemui ramai pemimpin Asia.

“Saya akan duduk dengan sesiapa saja. Saya tidak berasa ia satu kekuatan atau kelemahan kerana duduk bersama bukan sesuatu yang buruk.

“Pastinya, saya terbuka untuk melakukann­ya (bertemu Jong-un) tetapi kita perlu melihat bagaimana kesudahann­ya. Masih terlalu awal bercakap mengenainy­a,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Trump berjanji untuk bekerjasam­a dengan Abe untuk membawa balik warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara.

Rejim Pyongyang menculik beberapa rakyat biasa pada 1970-an dan 80-an dalam usaha melatih pengintip mereka mahir bahasa Jepun dan juga kebudayaan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Trump memberi makanan kepada ikan sambil diperhati Abe sebelum kedua-dua pemimpin negara itu menghadiri majlis makan tengah hari di Istana Akasaka di Tokyo, semalam.
[ FOTO AFP ] Trump memberi makanan kepada ikan sambil diperhati Abe sebelum kedua-dua pemimpin negara itu menghadiri majlis makan tengah hari di Istana Akasaka di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia