Berita Harian

Filipina giat buru ‘emir’ baharu Daesh

Rakyat Malaysia dikaitkan pemimpin di Asia Tenggara

-

Pihak berkuasa Filipina sedang memburu seorang rakyat Malaysia yang mungkin menjadi pemimpin baharu kumpulan pro-daesh di Asia Tenggara, susulan kematian beberapa militan profil tinggi, barubaru ini.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana, berkata pihaknya sedang giat memburu Amin Baco yang mungkin menjadi pemimpin baharu militan terbabit.

Ketua Polis Filipina, Ronaldo dela Rosa, berkata beliau menerima maklumat sama bahawa Amin, seorang pakar membuat bom mengambil alih peranan sebagai orang penting Daesh.

Pakar mengatakan, Amin dilatih militan Malaysia, Zulkifli Hir atau Marwan yang terbunuh pada 2015 ketika pertembung­an di wilayah Maguindana­o, menyebabka­n 44 komando polis maut.

Larikan diri

Dela Rosa berkata, maklumat bahawa Amin mengambil alih kepimpinan itu mungkin datangnya daripada rakyat Indonesia yang ditahan di Marawi minggu lalu.

Amin dilaporkan terbunuh di Marawi namun sumber perisikan berkata, dia dapat melarikan diri.

“Dia mungkin berada di pulau Jolo atau Maguindana­o yang terletak berhampira­n,” kata seorang kolonel tentera yang biasa dengan kumpulan militan di Mindanao.

Katanya, Amin berada di Filipina sejak sekian lama dan mempunyai hubungan dengan kumpulan militan serantau Jemaah Islamiyah.

Dia berkahwin dengan anak perempuan seorang pembantu pemimpin militan tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia