Berita Harian

Real tutup mulut pengkritik

Ronaldo, Benzema terus buntu jaringan dalam aksi bertemu Las Palmas

-

Real Madrid menutup mulut pengkritik susulan kekalahan berturuttu­rut apabila Marco Asensio menambah koleksi jaringan bagi membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0, ke atas Las Palmas di Santiago Bernabeu, kelmarin.

Kemenangan itu secara tidak langsung mengurangk­an defisit jurang mata Real dengan pendahulu La Liga, Barcelona kepada lapan mata.

Namun, ia bukanlah malam istimewa buat penyerang Madrid, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema yang terus gagal menemui penyudah, ketika Casemiro, Isco dan pemain berusia 21 tahun, Asensio lebih menyinar.

Benzema dikritik susulan gagal memainkan peranan ketika tewas di tangan Girona minggu lalu dan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara-juara, Rabu lalu.

Benzema diejek

Tahap ketidakpua­san hati terhadap pemain Perancis itu dijelmakan apabila dia diejek oleh penyokong tuan rumah di awal lima minit perlawanan, ketika Benzema gagal melepasi Raul Lizoain selepas bermain dengan baik bersama Ronaldo.

Ronaldo dan Benzema masing-masing hanya meledak satu gol setakat ini.

Real menunggu sehingga minit keempat sebelum rehat babak pertama untuk memecah kebuntuan jaringan apabila Casemiro menjaringk­an gol pertama Real menerusi tandukan musim ini.

Asensio meledak gol dalam tempoh 18 bulan bersama Madrid pada minit ke-41, sebelum Isco menambah gol ketiga Madrid pada minit ke-74 untuk menambah kegembiraa­n pasukan tuan rumah.

 ??  ?? Bintang muda Real Madrid, Marco Asensio (kanan) cuba melepasi halangan pemain Las Palmas kelmarin. di Santiago Bernabeu,
Bintang muda Real Madrid, Marco Asensio (kanan) cuba melepasi halangan pemain Las Palmas kelmarin. di Santiago Bernabeu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia