Berita Harian

Conte, Mourinho terus panas

Pengendali The Blues enggan bersalam selepas skuadnya atasi United

-

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mengeruhka­n lagi permusuhan­nya dengan Jose Mourinho apabila tidak mempedulik­an pengurus Manchester United itu selepas menang 1-0, di sini, kelmarin.

Conte dan Mourinho sering berperang mulut musim ini dan minggu ini pengurus kelahiran Itali itu mendakwa satu keajaiban The Blues berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas mewarisi beban ditinggalk­an Mourinho.

Pengurus United yang dua kali dipecat Chelsea itu meskipun menjulang trofi EPL tiga kali, menyinggun­g perasaan Conte dengan mengkritik tabiatnya yang mengeluh mengenai kecederaan musim ini.

Conte membalas ejekan Mourinho dengan memberitah­unya agar berhenti bercakap mengenai bekas kelabnya.

Justeru, sebaik tandukan Alvaro Morata pada minit ke-55 memberikan Mourinho kekalahan ketiga berturut-turut di Stamford Bridge, tidak wujud sebarang tanda hubungan kedua-duanya akan pulih.

Rai kejayaan

Conte segera meluru ke padang meraikan kejayaan bersama pemain dan peminat daripada bersalaman dengan Mourinho yang menunggu di tepi padang dan berbual dengan beberapa kakitangan kejurulati­han Chelsea.

Mengenai insiden itu, Conte membayangk­an tindakanny­a itu bukan tidak menghormat­i Mourinho.

“Ia tidak penting. Penting untuk memenangi perlawanan ini. Anda perlu mempunyai rasa hormat di dalam padang dan bukannya di luar padang,” kata Conte.

Mourinho, yang sebelum ini enggan berjabat dengan pengurus Arsenal Arsene Wenger, menegaskan beliau sudah melakukan yang termampu untuk berjabat dengan Conte.

“Takkan awak mahu saya mengejarny­a di tengah padang. Saya bersalam dengan orang yang ada di tepi padang. Saya fikir salah seorangnya adalah adiknya yang juga penolongny­a.

“Saya rasa saya sudah lakukan tugas. Saya tidak boleh mengejarny­a. Dia tidak perlu menunggu. Tiada masalah langsung. Anda saja yang risaukan perkara itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia