Berita Harian

The Citizens makin sukar dibendung

-

Manchester: Arsene Wenger terpaksa menerima hakikat Manchester City pastinya ‘sukar dihalang’ untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) terutamany­a jika pengadil terus menyebelah­i mereka.

Pengurus Gunners itu menuduh penyerang City, Raheem Sterling sengaja menjatuhka­n badan selepas berjaya mendapatka­n penalti yang memastikan mereka menang 3-1 ke atas Arsenal di Etihad, kelmarin.

Wenger ternyata berang dengan tindakan pengadil Michael Oliver yang memberikan sepakan penalti, selain gol yang didakwa pengurus Arsenal itu sebagai ofsaid.

“Saya percaya itu bukan penalti. Kita tahu yang Raheem Sterling sengaja menjatuhka­n badan dan dia melakukann­ya dengan baik.

“Gol ketiga pula adalah ofsaid. Saya amat kecewa kerana kami masih berpeluang pada kedudukan 2-1. Gol ketiga memusnahka­n segala-galanya dan secara kebetulan pasukan tuan rumah sentiasa terlepas dengan kesalahan mereka.

“Malang sekali perlawanan itu berakhir sedemikian. Saya kecewa. Anda boleh terima jika City menang secara normal, mereka pasukan yang bagus tetapi ini sukar diterima,” kata Wenger selepas perlawanan itu yang menyaksika­n pasukannya ketinggala­n 12 mata berbanding pendahulu.

Catat 10 kemenangan

“Musim lalu kami kehilangan dua gol kerana ofsaid dan ia berlaku lagi. City pasti sukar dihalang.”

Skuad The Citizens mencatat 10 kemenangan dan satu seri daripada 11 perlawanan awal musim ini, mencetuska­n spekulasi mereka mampu mengulan- gi pencapaian skuad ‘invincible­s’ Arsenal kendalian Wenger yang menamatkan kempen EPL 2003/04 tanpa sebarang kekalahan.

“Lihat, adakah sesiapa mampu menghalang mereka?” soal Wenger.

“Pastinya sukar menghalang mereka dengan permulaan cemerlang, pencapaian dan kualiti yang dimiliki mereka.

“Mereka pasti sukar dihalang tetapi anda tidak boleh mengalah. Namun jika keputusan menyebelah­i mereka di laman sendiri, mereka pasti sukar dihalang.”

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Sergio Aguero (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan kedua The Citizens pada perlawanan di Etihad, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Sergio Aguero (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan kedua The Citizens pada perlawanan di Etihad, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia