Berita Harian

‘Kita tewas bermaruah’

Skuad negara tampil semangat juang tinggi ketika kalah kepada Thailand

- Oleh Azlan Muhammad Zain

‘Tewas bermaruah.’ Itu reaksi pengurus skuad lelaki negara, Yusoff Ali selepas tewas kepada seteru utama, Thailand pada final Piala Dunia Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) di India, semalam.

Skuad negara menampilka­n semangat juang yang tinggi terutamany­a pada set kedua sehingga mengheret perlawanan ke mata tambahan dengan Thailand akhirnya menang dengan keputusan 23-21.

“Pemain sudah memberikan persembaha­n yang terbaik untuk menang. Cuma sedikit kesilapan merencatka­n usaha untuk meraih kemenangan. Tahniah kepada pemain yang memaksa lawan bermandi peluh sebelum tewas.

Saingan set pertama

“Malah, pada satu ketika, mereka terpaksa menurunkan tekong berpengala­man, Siriwat Sakha. Bagi saya, ini adalah tewas yang bermaruah,” katanya.

Skuad negara turut memberikan saingan sengit pada set pertama apabila hanya tewas 19-21.

Bagaimanap­un, Yusoff mengakui masih ada kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan skuad kendalian Abdul Talib Ahmad selain insiden Stadium Tertutup Gachibowli yang terputus bekalan elektrik kirakira 15 minit, mengganggu rentak Malaysia.

“Pada pandangan saya, kesilapan mengawal sentuhan pertama apabila menerima servis lawan terutamany­a pada kedudukan penting perlu diperbaiki,” katanya.

Pencapaian di Hyderabad mengulangi edisi 2011 apabila skuad negara turut kecundang kepada Thailand di final ketika kejohanan berlangsun­g di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia