Berita Harian

BDB Masters tawar RM900,000

- Oleh Jumiati Rosly

Kuala Lumpur: Hadiah keseluruha­n bernilai RM900,000 termasuk sebuah rumah dan dua kereta ditawarkan pada Kejohanan Golf BDB Masters dan Amal 2017 di Kelab Golf dan Country Darulaman (DGCC), Kedah selama tiga hari bermula 15 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata rumah dua tingkat semi-d di Darulaman Perdana, Sungai Petani serta kereta Perodua Myvi dan Toyota Vios adalah untuk hadiah pukulan hole-in-one atau selubang.

Katanya, jumlah nilai hadiah yang ditawarkan pada kali ini adalah sama seperti tahun lalu kecuali rumah daripada jenis banglo kepada semi-d serta dua kereta bagi menarik lebih banyak penyertaan.

Hadiah rumah

“Hadiah rumah dan dua kereta ini bagi pemain pertama yang melakukan pukulan hole-inone setiap hari di lapangan DGCC yang baru selesai menjalani proses penambahba­ikan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Izham berkata pada kejohanan kali ini, pihaknya mensasarka­n 160 penyertaan berbanding 120 pada tahun lalu.

“Buat masa ini kita sudah pun menerima pendaftara­n separuh daripada sasaran termasuk peserta edisi terdahulu. Kejohanan ini adalah terbuka kepada peserta dalam dan luar negara.

“Pada edisi kali ini, kategori senior akan dipertandi­ngkan buat kali pertama disamping gross, nett dan intermedia­te,” katanya.

Izham berkata pada hari terakhir kejohanan, pihaknya turut menganjurk­an pertanding­an golf amal bagi mengutip sumbangan untuk disalurkan kepada badan kebajikan dan mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya, pada edisi lalu sebanyak RM50,000 disalurkan kepada empat badan kebajikan menerusi program itu.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Izham pada sidang media mengumumka­n Kejohanan Golf BDB Masters dan Amal 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Izham pada sidang media mengumumka­n Kejohanan Golf BDB Masters dan Amal 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia