Berita Harian

Farah optimis pamer aksi terbaik

- Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Biarpun sukar menjanjika­n pingat, namun barisan atlet gimnastik wanita negara tetap optimis mempamerka­n rutin terbaik apabila turun beraksi di temasya Sukan Komanwel Gold Coast dan Asia Jakarta-palembang tahun depan.

Bagi gimnas berpengala­man negara, Farah Ann Abdul Hadi, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah latihan konsisten selain menyertai beberapa pertanding­an untuk menggilap rutin lebih mantap.

Begitupun, dia mengakui cabaran yang bakal dihadapi cukup sukar biarpun pernah melakar sejarah meraih pingat di Piala Cabaran Dunia FIG Ke-12 di Ljubljana, Slovenia tahun lalu.

Farah yang ketika itu menyumbang­kan perak bagaimanap­un menegaskan, kejayaan itu bukan tiket untuk dirinya meraih pingat kerana dalam sukan gimnastik apa saja mungkin berlaku.

“Sasaran skuad gimnastik adalah untuk mara ke pentas akhir di dua temasya itu dan memperbaik­i rutin yang dilakukan.

Bakal ke Sukan Komanwel

“Untuk pingat itu sukar tapi kita pernah meraihnya menerusi Ng Shu Wai yang pernah menyumbang­kan pingat di keduadua temasya,” katanya.

Shu Wai yang kini menjadi jurulatih gimnastik negara meraih perak ketika Sukan Asia Doha dalam acara melombol dan di Komanwel Melbourne menerusi senaman lantai.

Pencapaian terbaik Farah adalah menghuni ranking ke-11 di Komanwel dan ketujuh Asia namun dia bertekad untuk memperbaha­rui pencapaian itu apabila turun beraksi nanti.

Sementara itu Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF) menyenarai­kan lima gimnas ke Sukan Komanwel. Mereka adalah Farah, Tan Ing Yueh, Tan Fu lie, Tracie Ang dan Jeremiah Loo.

Acara gimnastik membenarka­n setiap negara menghantar 10 atlet dalam tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu berirama (wanita) dan artistik (lelaki dan wanita).

 ??  ?? Farah antara lima gimnas negara yang disenarai MGF untuk menggalas cabaran negara di Sukan Komanwel Gold Coast, tahun depan.
Farah antara lima gimnas negara yang disenarai MGF untuk menggalas cabaran negara di Sukan Komanwel Gold Coast, tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia