Berita Harian

Skuad Hodak buat kejutan

Malaysia pamer aksi terbaik benam Indonesia 4-1

- Oleh Firdaus Hashim

Kemenangan 4-1, anak buah Bojan Hodak ke atas Indonesia pada aksi kelayakan Kejohanan Bawah-19 tahun (B-19) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Paju, Korea Selatan, semalam sememangny­a mengejutka­n.

Bagaimanap­un, jurulatih berkenaan mendedahka­n rahsia di sebalik kemenangan itu yang mencerahka­n peluang mengetuk pintu pusingan akhir di Indonesia tahun depan apabila mengumpul sembilan mata maksimum selepas menewaskan Timor Leste 3-1 dan Brunei 1-0, sebelum ini.

“Saya akui bukan mudah menewaskan Indonesia, apatah lagi selepas lawan itu membelasah Brunei dan Timor Leste.

“Saya gunakan permainan psikologi bagi menaikkan semangat pemain. Dalam pasukan ini, kami mempunyai ramai pemain dari Pulau Pinang dan Kedah yang ketika ini keluarga mereka ditimpa masalah banjir.

Skuad B-23, B-16 sudah layak

“Jadi, saya ingatkan mereka mengenai kesusahan keluarga dan mangsa banjir. Tak sangka pemain saya memberi tindak balas cukup baik,” kata bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan itu.

Skuad negara akan melengkapk­an saingan Kumpulan F dengan menentang Korea Selatan esok. Sekiranya menewaskan pasukan tuan rumah itu, mereka akan muncul juara kumpulan sekali gus layak automatik beraksi bersama 15 lagi pasukan terbaik.

Bagaimanap­un, sekiranya tewas atau seri, skuad negara masih berpeluang mara dengan mereka kini berada di posisi terbaik untuk muncul sebagai lima pasukan naib juara terbaik di pusingan kelayakan.

Sekiranya anak didik Hodak layak, mereka akan mengikut jejak skuad B-23 dan B-16 yang turut mengesahka­n kemaraan di pusingan akhir AFC tahun depan di mana pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee beraksi di China Januari ini, sementara skuad Lim Teong Kim menjadi tuan rumah, Ogos nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia