Berita Harian

AFC tidak boleh ambil tindakan ke atas Safiq

-

Kuala Lumpur: Isu ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengeluark­an katakata kesat kepada penyokong hanya boleh diambil tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bukan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, sebagai badan pentadbir yang menguruska­n hal ehwal bola sepak di Malaysia, isu Safiq itu tertakluk di bawah bidang kuasa FAM kerana ia berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-m).

Katanya, AFC sememangny­a mendukung semangat Fairplay yang digariskan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) sebagai garis panduan buat semua pemain yang terbabit dengan sukan paling popular di dunia itu.

Kes mencarut

“AFC menggunaka­n Fairplay macam FIFA. Untuk kes mencarut, ia kes domestik yang perlu ditangani pentadbir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, Safiq yang memacu kelabnya menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, menimbulka­n kontrovers­i apabila mencarut di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan pasukan di Stadium Shah Alam.

Susulan perbuatann­ya itu, dia menerima kecaman hebat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu FAM dan pengendali Liga-m, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menghukum tonggak tengah itu.

Malah, ada juga mencadangk­an supaya lilitan kapten skuad kebangsaan turut dilucutkan kerana dia menunjukka­n contoh yang buruk, selain gagal mengawal emosi dalam keadaan tertekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia