Berita Harian

FAM, FMLLP perlu bertindak

Zakaria anggap perbuatan tak baik, menyalahi etika

- Oleh Firdaus Hashim

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) digesa mengambil tindakan ke atas ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim atas perbuatann­ya mengeluark­an kata-kata kesat kepada penyokong

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim berkata, perbuatan Safiq mencarut di hadapan pihak media yang kemudianny­a menjadi bahan tatapan seluruh peminat tempatan tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan disiplin.

Dia yang pernah mengendali­kan beberapa kelab amatur di Manchester, England selama enam tahun menegaskan, setiap bidang kerjaya memiliki etika mesti dipatuhi.

Katanya, walaupun ketua pasukan kebangsaan itu mungkin sekadar melepaskan tekanan selepas membantu JDT menjuarai Piala Malaysia, dia ketika itu masih lagi memakai jersi kelabnya yang membawa imej Liga Malaysia dan sukan bola sepak secara amnya.

“FAM dan FMLLP tak boleh berdiam diri. Ini contoh tak baik yang jauh sekali menyimpang dengan etika Fairplay atau Respect yang ditekankan FIFA (Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa) dan AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia) selama ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelakuan Rooney

Jelasnya, isu berkenaan pernah berlaku kepada bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney pada 2011 ketika kelabnya berdepan West Ham United di mana Rooney mengeluark­an kata-kata kesat kepada penyokong dan pengkritik­nya yang sempat dirakam wakil media.

Kelakuan Rooney itu akhirnya mendapat perhatian serius Persatuan Bola Sepak England (FA England) yang kemudianny­a menggantun­g dua perlawanan kerana didapati bersalah menghina penyokong.

“Kes Rooney antara contoh yang harus FAM dan FMLLP ambil kira. Dia yang kini bermain untuk Everton, dihukum dan kemudianny­a tampil memohon maaf atas kesilapann­ya serta mengakui dirinya melanggar etika pemain profesiona­l.

“Jadi, takkan badan pentadbir bola sepak kita nak berdiam atau nak memenangka­n Safiq yang terang-terang dalam rakaman video mencarut dan menghina penyokong. Sebagai pemain profesiona­l, dia kena terima hakikat bahawa kritikan adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Tetapi dia pula tak boleh nak 'counter' kerana dia ada etika selain menjadi ikon kepada masyarakat dan kanak-kanak. Kalau tak tahan dicemuh, berhenti jadi pemain bola,” katanya.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ??
[FOTO OSMAN ADNAN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia