Berita Harian

Barisan TRW diketahui Sabtu ini

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengumumka­n senarai pemain dan jurulatih Liga Super skuad The Red Warriors (TRW) musim depan, pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman yang mengesahka­n perkara itu semalam berkata, ia akan diumumkan sejurus selepas mesyuarat EXCO badan induk berkenaan selesai.

“Ya betul, KAFA akan umumkan senarai pemain yang akan menggalas cabaran TRW musim depan sebaik selesai mesyuarat yang diadakan 11 November nanti. KAFA juga akan umumkan barisan kejurulati­han,” katanya di sini.

Hussin berkata, keputusan itu bagi membolehka­n persiapan awal dibuat sekali gus memastikan pasukan lebih sempurna dapat dibentuk.

“Kita juga berharap pemain baharu yang ditandatan­gani dapat membentuk keserasian bersama pasukan lebih awal sebelum saingan Liga Super tahun depan,” katanya.

Sebelum ini timbul desas-desus di kalangan penyokong TRW mengenai senarai wajah baharu yang bakal membarisi skuad berkenaan musim depan.

Menurut beberapa blog penyokong TRW, beberapa bekas pemain kemungkina­n menyertai TRW semula.

Pemain sayap

Antaranya pemain sayap FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Noor; pemain sayap Pahang, Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria; penyerang FELDA United, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Shakir Shaari.

Sementara itu, hasrat bekas jurulatih Kelantan, Velizar Popov, untuk kembali mengemudi pasukan itu tidak kesampaian apabila KAFA tidak bersetuju dengan dua syarat yang ditetapkan­nya.

Syarat berkenaan adalah beliau mahukan hak untuk memilih pemain tempatan dan import bagi memperkema­skan pasukan itu musim hadapan selain memilih sendiri kakitangan bagi membantuny­a dalam kejurulati­han.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia