Berita Harian

JDT bantu mangsa banjir di Pulau Pinang

-

Kuala Lumpur: Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam mengumumka­n akan menyumbang­kan wang kemenangan Piala Malaysia bagi membantu mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menyatakan demikian menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, selaras dengan dasar kelab itu.

‘Menjunjung titah Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), antara polisi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan seperti mana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang sudah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama.

Kongsi hasil

“Kelab JDT dan pemain membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” katanya.

JDT memenangi Piala Malaysia pada hujung minggu lalu selepas menewaskan Kedah, 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Bagaimanap­un, tiada hadiah wang tunai diberikan namun skuad Harimau Selatan akan berkongsi hasil jualan tiket perlawanan final dengan Kedah selepas ditolak kos penganjura­n dan levi tiket.

Dianggarka­n, JDT dan Kedah masingmasi­ng bakal meraih sekurang-kurangnya RM500,000 hasil jualan tiket final itu.

Akhbar BH semalam melaporkan Pulau Pinang lumpuh selepas keseluruha­n negeri berkenaan dilanda banjir setinggi antara tiga hingga 3.6 meter berikutan hujan lebat serta ribut yang melanda sejak Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia