Berita Harian

Tanggungja­wab belum selesai: TMJ

-

Kuala Lumpur: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata tanggungja­wabnya kepada bola sepak Johor masih belum selesai lagi.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook JDT, Johor Southern Tigers semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berharap perjalanan­nya itu akan lebih lama lagi.

Namun, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa berkata beliau turut mempunyai misi untuk membantu pasukan bola sepak negara.

Misi bantu negara

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih sekali lagi kepada penyokong Harimau Selatan. Tanggungja­wab saya terhadap bola sepak negeri Johor belum selesai lagi, saya harap perjalanan­nya masih jauh lagi.

“Tetapi saya pun ada misi untuk membantu pasukan negara, itu pun terpulang kepada mereka sama ada mereka boleh terima atau tidak,” katanya.

Sabtu lalu, JDT mencipta sejarah apabila memenangi kejuaraan Piala Malaysia buat pertama kalinya sejak ditubuhkan empat tahun lalu, selepas menewaskan Kedah, 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Sebelum itu, skuad Harimau Selatan turut mencipta gemilang apabila merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut sejak 2014.

Sementara itu, dalam satu kenyataan awal, Tunku Ismail: “Selama empat tahun setengah saya menjaga bola sepak negeri Johor, saya telah menghadapi berbagai-bagai dugaan, pengalaman dan juga berkait dengan pendidikan dalam sesetengah perkara.

“Tetapi apa yang saya pelajari adalah jikalau tujuan, niat dan hati kita bersih, Insya-allah Tuhan akan memberikan rezeki kepada kita.”

 ??  ?? Tunku Ismail
Tunku Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia