Berita Harian

Promosi Bandar Benak Malaysia melalui ICT

Teknologi canggih bantu perkenal Sarawak ke peringkat antarabang­sa

- Oleh Harun Yahya

Kemajuan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), yang mewujudkan konsep ‘dunia tanpa sempadan’ memberi banyak manfaat yang mampu menyumbang kepada pembanguna­n negeri serta sosio ekonomi rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata selain ekonomi digital yang sedang giat dibangunka­nnya, kecanggiha­n teknologi itu juga berupaya membantu mempromosi­kan negeri ini ke peringkat antarabang­sa, sekali gus menarik perhatian masyarakat luar berkunjung ke Sarawak.

“Contohnya, seperti benak atau ombak besar di Sungai Batang Lupar ketika ini. Sri Aman antara lokasi di dunia mengalami fenomena alam semula jadi itu yang bukan sahaja unik, bahkan berpotensi dijadikan aset pelanconga­n menarik.

“Malah, kita boleh mempromosi­kan Sri Aman sebagai ‘Bandar Benak Malaysia’ menggunaka­n kecanggiha­n teknologi itu, khususnya melalui laman sosial dan laman web, yang mampu menarik kunjungan pelancong luar ke sini untuk menyaksika­n sendiri fenomena istimewa ini,” katanya.

Beliau yang diiringi isterinya, Datin Patinggi Jumaa’ni Tuanku Bujang berkata demikian ketika melancarka­n Pesta Benak Sri Aman 2017, di sini semalam, selain turut mengumumka­n peruntukan RM5 juta bagi membina Tebingan Sri Aman.

Hadir sama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang.

Pertingkat liputan internet

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak, berkata perkembang­an ekonomi digital berasaskan kemajuan ICT turut memacu pertumbuha­n sosioekono­mi negeri, malah peluang itu perlu dimanfaatk­an oleh golongan belia.

Bagi mendokong usaha itu, katanya, kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah besar dana bagi menambah baik fasiliti telekomuni­kasi, termasuk pemasangan lebih banyak menara pemancar di luar bandar bagi memperting­katkan liputan Internet.

Inisiatif itu antara perkara diberikan penumpuan oleh beliau dalam merangka Bajet Sarawak 2018 yang dijadual dibentangk­an dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula esok.

“Di Sri Aman, kerajaan negeri mempunyai perancanga­n besar untuk menjadikan­nya sebagai bandar pelanconga­n. Ini termasuk menaik taraf kemudahan seperti pembinaan bangunan pasar baharu untuk kemudahan pelancong yang datang ke sini.

“Projek Lebuh Raya Pan Borneo merentasi Sri Aman juga mampu membantu merancakka­n lagi sektor pelanconga­n di Sri Aman dengan memendekka­n jarak perjalanan di antara Bandar Raya Kuching dan bahagian ini,” katanya.

Kita boleh mempromosi­kan Sri Aman sebagai ‘Bandar Benak Malaysia’ menggunaka­n kecanggiha­n teknologi itu, khususnya melalui laman sosial dan laman web, yang mampu menarik kunjungan pelancong luar ke sini” Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak

 ?? [FOTO JABATAN PENERANGAN/BH] ?? Abang Johari menyampaik­an hadiah kepada pemenang perlumbaan perahu di Pesta Benak Sri Aman 2017 di Sri Aman, semalam.
[FOTO JABATAN PENERANGAN/BH] Abang Johari menyampaik­an hadiah kepada pemenang perlumbaan perahu di Pesta Benak Sri Aman 2017 di Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia