Berita Harian

Polis Sarawak ikrar hapus sindiket judi haram

-

Kuching: Polis Sarawak berikar membersihk­an negeri ini daripada sindiket perjudian haram melalui operasi besar-besaran yang dilaksanak­an secara berkala.

Dalam operasi berkenaan, 31 ‘tahi judi’ berusia 17 hingga 57 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan di seluruh negeri sepanjang minggu lalu yang berakhir kelmarin, membabitka­n operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n penahanan semua individu terbabit, dengan tujuh daripadany­a ialah wanita selepas disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket nombor ekor haram dan perjudian dalam talian.

“Sebanyak 26 premis diserbu sepanjang seminggu operasi berlangsun­g di seluruh negeri selepas disyaki menjalanka­n kegiatan menjual nombor ekor haram. Keseluruha­nnya 28 individu ditahan.

“Serbuan atas maklumat risikan dan aduan awam mengenai kegiatan perjudian haram di premis berkenaan. Hasil serbuan turut membawa kepada rampasan wang tunai RM7,951, selain telefon bimbit, mesin pencetak, mesin pengira dan kertas pertaruhan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini melancarka­n operasi besar-besaran memerangi perjudian haram di seluruh negara selepas kegiatan itu dikenal pasti menjadi punca peningkata­n masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menjadikan usaha membantera­s kegiatan perjudian haram itu sebagai indeks pengukur prestasi bagi kontinjen polis setiap negeri, malah turut memberi amaran tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pegawai atau anggotanya yang bersekongk­ol, termasuk melindungi sindiket perjudian haram.

Kumpulan kecil elak dikesan

Sementara itu, Dev ketika mengulas lanjut berkata, selain nombor ekor haram, pihaknya turut menyerbu beberapa premis disyaki menjalanka­n kegiatan perjudian dalam talian, dengan kebanyakan­nya bertumpu di Mukah, Limbang dan Lawas.

“Ia membawa kepada penahanan tiga individu, selain pelbagai peralatan digunakan dalam pertaruhan haram itu, termasuk enam telefon bimbit. Turut dirampas wang pertaruhan berjumlah RM22,165,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk siasatan lanjut.

“Operasi kali ini turut mendedahka­n beberapa modus operandi baharu digunakan sindiket perjudian haram, termasuk bergerak dalam kumpulan kecil di kawasan pedalaman bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

“Malah, sindiket turut menggunaka­n pelbagai peralatan komunikasi canggih, termasuk telefon pintar bagi melakukan pertaruhan haram,” katanya.

 ??  ?? Dev Kumar
Dev Kumar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia