Berita Harian

Miri berpotensi jadi zon bebas cukai

Kedudukan strategik mampu tingkat kehadiran pelancong, perkukuh ekonomi Sarawak

- Oleh Kandau Sidi

Sarawak memerlukan zon bebas cukai yang berpotensi meningkatk­an jumlah pelancong, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata bandar raya Miri dikenal pasti sebagai tempat yang sesuai bagi menempatka­n zon bebas cukai berkenaan.

Katanya, ini berikutan kedudukann­ya strategik iaitu berhampira­n sempadan Sabah dan Brunei Darussalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, kerajaan perlu mempercepa­tkan pelaksanaa­n rancangan itu bagi mempelbaga­i kegiatan ekonomi di wilayah utara.

“Di Sarawak, pelanconga­nnya bergantung kepada negara luar, termasuk Brunei Darussalam yang juga pasaran tradisiona­l kita. Jika zon bebas cukai itu diwujudkan, tentunya ia mampu menarik perhatian lebih ramai pelancong asing datang ke Sarawak.

“Bandar raya Miri paling sesuai untuk menempatka­n zon berkenaan kerana kedudukann­ya strategik dan memiliki banyak penerbanga­n terus antarabang­sa,” katanya kepada BH, di sini semalam.

Beliau ketika mengulas lanjut, berkata sudah tiba masanya kegiatan ekonomi di bandar telaga minyak itu dipelbagai­kan bagi mengelak kebergantu­ngan kepada industri petroleum.

Status Bandar Peranginan

“Ini termasuk memberikan penumpuan kepada usaha pengembang­an industri pelanconga­n dan perkhidmat­an, termasuk sektor perhotelan, dengan usaha proses pengukuhan itu boleh dilaksanak­an melalui inisiatif mewujudkan zon bebas cukai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotel Malaysia (Cawangan Sarawak), John Teo Peng Yew, berkata Miri yang berusaha mencapai status ‘Bandar Peranginan’ antara tempat strategik mewujudkan zon berkenaan.

“Sarawak perlu berusaha mewujudkan zon bebas cukai dengan bandar baru Senadin di Miri boleh dijadikan lokasinya atau zon itu kerana kawasan berkenaan dekat dengan sempadan Brunei,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Langkawi boleh jadi contoh terbaik

Katanya, terdapat banyak produk yang boleh diisytihar­kan bebas cukai seperti pakaian, peralatan memasak, kereta dan barang makanan.

“Langkawi mungkin boleh dijadikan model yang baik untuk pengurusan zon bebas cukai,” katanya.

Jarak Senadin dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh kira-kira 20 minit pemanduan, dengan lebih daripada tiga juta pelancong melalui pusat pemeriksaa­n itu setiap tahun.

Ia mencatatka­n peningkata­n pelancong yang ketara berikutan waktu operasi yang dilanjutka­n sejak 1 September 2015, iaitu dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam berbanding jam 6 pagi hingga 10 malam sebelum ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia