Berita Harian

Warga emas cari keluarga 5 dekad terputus hubungan

-

Sandakan: Seorang warga emas di sini menaruh harapan agar dapat menemui semula ahli keluargany­a selepas hampir lima dekad terputus hubungan.

S Subramania­m, 86, yang kini terlantar di Rumah Warga Tua Sri Harapan, di sini, berasal dari Kulim, Kedah.

Ketika ditemui BH, Subramania­m berkata, dia merantau ke Sabah pada 1970-an untuk bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit di Beluran dan Kinabatang­an.

Katanya, dia berharap boleh menemui dua adik perempuann­ya, iaitu Asalama, 82, dan Acci, 84, dengan alamat terakhir di Ladang BMR, Tai Seng, Kulim.

Beliau berkata, dia datang ke negeri ini dengan isteri dan dua anak perempuann­ya, sebelum isterinya mengambil keputusan pulang ke India serta membawa bersama anak mereka.

“Isteri dan anak saya juga terputus hubungan. Mungkin mereka sudah lupa saya. Saya terlalu rindu dengan dua adik saya dan harap boleh berjumpa semula selagi saya masih hidup,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Subramania­m antara 49 penghuni di pusat jagaan orang tua itu dengan 18 daripadany­a adalah wanita.

Sementara itu, Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan, Roslan Mohamad, berkata Subramania­m memasuki pusat itu pada Januari 2004 dan terlantar sejak tahun 2005 selepas kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Katanya, warga tua berkenaan tidak pernah dilawati ahli keluargany­a sejak berada di pusat jagaan itu dan kini memohon untuk dipindahka­n ke Rumah Seri Kenangan Bedong, Sungai Petani Kedah bagi memudahkan­nya mengesan ahli keluarga.

“Kita sedang berusaha menguruska­n permohonan perpindaha­nnya, namun berdepan kekangan dalam dokumentas­i kerana Subramania­m masih berstatus pemastauti­n tetap,” katanya.

 ?? [FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] ?? Subramania­m bergantung kepada kerusi roda selepas kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. untuk bergerak
[FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH] Subramania­m bergantung kepada kerusi roda selepas kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. untuk bergerak
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia