Berita Harian

Ahli kelab motosikal pupuk kesedaran perangi dadah

-

Tanjung Manis: Seramai 160 ahli kelab motosikal bersatu memerangi dadah dalam program dengan masyarakat anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Motosikal Barong di Pantai Belawai, di sini, semalam.

Presiden MC Barong Bikers, Persi Saperi, berkata program turut dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 2,000 penduduk itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kesan buruk dadah terhadap masyarakat.

Katanya, inisiatif itu mendapat sambutan di luar biasa apabila 18 kelab motosikal dari seluruh negeri menyertai program berkenaan yang buat julung kalinya dianjurkan.

“Kita menganjurk­an program ini kerana sedar mereka mudah terdedah kepada pelbagai gejala sosial seperti merempit, penyalahgu­naan dadah dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya melalui penyertaan mereka, kita dapat mengelakka­n remaja daripada terperangk­ap dengan gejala tidak sihat.

“Ini juga membantu golongan belia mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah,” katanya ketika ditemui BH, di sini semalam.

Kekang gejala negatif

Persi berkata, fokus utama program ialah meneruskan usaha memerangi musuh nombor satu negara itu dan berganding bahu bersama-sama agensi berkaitan bagi mengekang penularan gelaja negatif itu.

Beliau menjelaska­n melalui program anjuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sarikei itu, masyarakat didedahkan kepada bidang permotoran dan pelbagai program bermanfaat yang sesuai dengan peringkat usia mereka.

“Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian program ini. Antaranya, ceramah antidadah, konvoi bermotosik­al, pameran motosikal dan persembaha­n kebudayaan setempat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia