Berita Harian

Redah banjir duduki SPM

TPM mahu Jabatan Meteorolog­i sebar maklumat perubahan cuaca bagi pindah segera mangsa banjir

- Oleh Adha Ghazali dan Siti Fatimah Mohamed Anwar

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Said di Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang terpaksa meredah banjir untuk menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahka­n semua pihak bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkina­n gelombang kedua dan ketiga perubahan cuaca pada bulan ini hingga Februari depan.

Ahmad Zahid pada masa sama berharap Jabatan Meteorolog­i (MET) Malaysia menyebarka­n maklumat secara menyeluruh berkaitan perubahan cuaca itu supaya persediaan pemindahan segera boleh dilakukan.

Beliau bimbang kesiapsiag­aan tidak dapat dilakukan sekiranya ramalan yang dibuat oleh MET Malaysia tidak dihebahkan secara menyeluruh dan segera.

“Kesiapsiag­aan 100 peratus ini perlu dilaksanak­an oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara untuk membolehka­n tindakan memindahka­n mangsa banjir dibuat sebelum berlaku hujan lebat atau paras air meningkat.

Jadikan pengajaran

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang boleh dijadikan pengajaran dan bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun jika MET (Malaysia) dapat menghebahk­an ramalan ini lebih awal maka usaha pemindahan segera boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pusaran angin dan unjuran kelompok awan tebal yang berlaku di Pantai Barat kini diramal menuju ke Pantai Timur membabitka­n Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Utara serta Johor tengah.

“Malah, angin diramalkan bertiup di Sabah dan Sarawak pada Disember ini atau awal Januari sehingga Februari depan. Justeru, sekiranya data (ramalan) menggunaka­n teknologi baharu yang dikeluarka­n MET (Malaysia) ini tidak digunakan maka kesiapsiag­aan tidak dapat dilakukan.

“Pastinya (kerajaan negeri) Pulau Pinang tidak jangka banjir berlaku sebab maklumat lambat dikongsi bersama. Kita tidak salahkan sesiapa tapi saya fikir kita perlu lakukan kesiapsiag­aan bermula sekarang.

“Justeru, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana akan menggunaka­n acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman sebagai panduan operasi pemindahan mangsa banjir dibuat iaitu seminggu sebelum berlaku bencana,” katanya.

Mengenai bantuan agensi kerajaan kepada mangsa banjir, Ahmad Zahid berkata:

Beri bantuan

“Saya fikir dari segi kemudahan kepada mangsa banjir ia berada padai skala tujuh daripada 10. Malah, kerajaan beri jaminan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang akan dilakukan tanpa mengambil kira warna kulit dan perbezaan fahaman politik.”

Ahmad Zahid kemudian turut melawat mangsa banjir di Dewan Banjir Guar Jering, dekat Penanti, Bukit Mertajam. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bercakap pada media, beliau berkata maklumat awal bencana banjir membolehka­n mangsa di kawasan risiko dipindahka­n tiga hari lebih awal.

Di Kulim, Ahmad Zahid mengumumka­n peruntukan RM2 juta untuk mengatasi isu tanah jerlus di Taman Selasih, di sini, susulan banjir melanda utara Semenanjun­g sejak tengah malam Sabtu lalu.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang boleh dijadikan pengajaran dan bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun, jika MET (Malaysia) dapat menghebahk­an ramalan ini lebih awal maka usaha pemindahan segera boleh dilakukan” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

Pulau Pinang dijangka menerima pelan tebatan banjir khusus bernilai RM1 bilion dengan perinciann­ya dijangka diumumkan Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan kerja Perdana Menteri ke negeri ini, hari ini.

Penasihat Khas Perdana Menteri bagi Wilayah Koridor Utara (NCER), Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata ia merangkumi pelan jangka pendek dan panjang yang menyeluruh dengan jangkaan siap sepenuhnya pada 2020.

Katanya, Najib dijangka mengadakan perbincang­an mengenai pelaksanaa­n pelan berkenaan bersama kepemimpin­an kerajaan negeri, sebelum sebarang keputusan mengenainy­a dimuktamad­kan.

“Pelan jangka pendek bagi projek ini lebih bertumpu kepada kerja pembersiha­n dan kecemasan awal, termasuk membaik pulih atau membaiki ban serta rumah pam yang terjejas akibat banjir.

“Bagaimanap­un, biarlah Perdana Menteri umumkan pelan mitigasi banjir yang meliputi seluruh kawasan di negeri ini secara terperinci esok,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional negeri, Teng Chang Yeow, di sini semalam.

Lawat mangsa banjir

Najib dijangka melawat mangsa banjir di Bukit Mertajam dan Permatang Pauh di daerah Seberang Perai Tengah serta Sungai Dua, Kepala Batas, dalam rangka lawatan kerjanya itu.

Mengenai projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III di lembangan Sungai Pinang, Zainal Abidin berkata, ia dijangka dapat dimulakan awal tahun hadapan.

“Projek RTB lembangan Sungai Pinang Fasa III bernilai RM150 juta ini berlainan dengan rancangan mitigasi yang akan diumumkan Perdana Menteri esok (hari ini). Kita juga saring lima kontraktor yang mengemukak­an tender bagi projek ini dengan jangkaan kerja dapat dimulakan Januari depan,” katanya.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ??
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH]
 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Ahmad Zahid meninjau keadaan banjir di sekitar Pulau Pinang dari helikopter, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Ahmad Zahid meninjau keadaan banjir di sekitar Pulau Pinang dari helikopter, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia