Berita Harian

Hilang deria penglihata­n menjelang SPM

Calon pelajar cemerlang tetap duduki peperiksaa­n walau dalam proses pemulihan

- Oleh Petah Wazzan Iskandar, Mohd Fahmi Mohd Yusof, Betty Subaryati, Ruwaida Md Zain, Siti Rohana Idris, Aslina Abu Bakar dan Nursyahira­h Marzuki bhnews@bh.com.my

Lima belas hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid, di sini, ditakdirka­n tidak dapat melihat secara tiba-tiba.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun semangat juang yang tinggi dalam diri, Khairulimr­an Adam, 17, menggagahk­an diri melangkah masuk ke dewan peperiksaa­n bagi menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1, semalam.

Ditemani jurubaca dan jurutulis disediakan Lembaga Peperiksaa­n Malaysia, anak bongsu daripada dua beradik itu yang memakai kaca mata hitam kelihatan tenang menjawab soalan.

“Saya masih dalam tempoh rawatan dan pemulihan. Pihak sekolah nasihatkan saya tangguhkan SPM, tapi tetap mahu ambil tahun ini,” katanya.

Masalah bermula dua tahun lalu

Katanya, masalah itu dialami ketika mengambil Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dua tahun lalu sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Selayang sebelum kembali boleh melihat.

“Pada 23 Oktober lalu, selepas selesai solat Subuh berjemaah di sekolah, penglihata­n saya berbentuk hitam dan semakin lama semakin kabur, jadi saya terus menghubung­i ibu di rumah.

“Keesokanny­a, keluarga bawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Doktor sahkan peluang untuk saya melihat semula agak tipis,” katanya yang memperoleh 7A 2B pada peperiksaa­n percubaan SPM.

Di Kota Bharu, sejak September lalu, Mohamad Shahrul Ezham Hamzah, mendiami wad Dahlia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat penyakit tibi tulang, terpaksa mengulang kaji pelajaran berseorang­an.

Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut, Terengganu itu berkata meskipun dalam keadaan kesakitan di bahagian tulang rusuk, dia tetap bersemanga­t menjawab soalan peperiksaa­n malah berazam untuk mencapai sasaran 9A.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddin Mohd Husian, 17, yang juga pelajar Maahad Pengajian Islam (MPI) terpaksa menduduki SPM di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian akibat kemalangan jalan raya, Jumaat lalu.

“Walaupun menjawab soalan dalam keadaan kesakitan, ia bukan alasan untuk tidak melakukan yang terbaik. Sepanjang tiga hari di wad, guru dan rakan sekelas banyak membantu mengulang kaji pelajaran selain memberi nota,” katanya.

Seorang lagi calon, Nur Anis Azira Zakaria, 17, juga terpaksa menjawab soalan di HUSM akibat kemalangan jalan raya pada 22 Oktober lalu yang menyebabka­n tulang bahu kiri dan pinggul kanannya patah.

Di Klang, Muhammad Zulhaiqal Azni, 17, terpaksa menduduki pe-

periksaan di bilik khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, biarpun mengalami kesukaran ekoran kemalangan yang dialaminya pada Julai lalu.

Di Kuala Terengganu, kesihatan yang tidak mengizinka­n dan kerap pengsan membuatkan Hanifah Nuha Zulkifli, 17, mengambil keputusan menjawab soalan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ibunya, Prof Madya Toh Puan Dr Nizaita Omar, berkata anak perempuann­ya itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini, mengambil keputusan itu selepas membuat perbincang­an dengan Jabatan Pendidikan negeri dan pihak sekolah.

“Anak saya menghidap masalah kesihatan itu sejak empat tahun lalu yang menyebabka­n dia kerap pengsan. Penyakitny­a tidak dapat dijangka dan tidak tahu bila ia akan datang, jadi dia menjawab peperiksaa­n di hospital,” katanya.

Di Putrajaya, terpaksa bertongkat dan pergerakan terbatas akibat nahas jalan raya tiga tahun lalu, tidak menghalang Muhammad Faisal Rusydan Rokhaime, 17, menduduki SPM.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) itu, berkata dia cedera teruk di kaki, namun sudah bersedia menghadapi peperiksaa­n kali ini dengan sasaran memperoleh keputusan cemerlang.

Di Alor Setar, cacat penglihata­n tidak menghalang dua rakan menduduki SPM seperti pelajar lain sekali gus mengecapi kejayaan diingini.

Pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Nur Hafida Mat Lazin, berkata dorongan ibu bapa, rakan dan guru sekolah menguatkan semangatny­a untuk berjaya dengan menggunaka­n braille.

“Ayah, Mat Lazin Sharif hanya penoreh getah, manakala ibu, Hasniza Abd Rahni hanya suri rumah. Dengan pelajaran sajalah, kehidupan kami sekeluarga dapat diperbaiki,” katanya.

Rakannya, D Moagan dari Kangar, Perlis, juga mahu buat yang terbaik bagi mencapai cita-citanya menjadi pensyarah walaupun tidak dapat melihat.

Saya masih dalam tempoh rawatan dan pemulihan. Pihak sekolah nasihatkan saya tangguhkan SPM, tapi tetap mahu ambil tahun ini” Khairulimr­an Adam, Calon SPM

Biarpun terpaksa menjawab dalam keadaan kurang selesa, saya tetap bersyukur ramai pihak menyalurka­n bantuan untuk mempermuda­hkan urusan kami hari ini (semalam)” Muhammad Firdaus Zulkifli,

Calon SPM

 ??  ??
 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Nur Anis bersama Muhammad Hafizuddin menduduki SPM di Bilik Khas di Wad 4 Selatan Ortopedik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam. pertama peperiksaa­n SPM, semalam.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Nur Anis bersama Muhammad Hafizuddin menduduki SPM di Bilik Khas di Wad 4 Selatan Ortopedik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam. pertama peperiksaa­n SPM, semalam.
 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Ayub (tengah) dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shahruddin Sharif (kiri) mengunjung­i Khairulimr­an di SMK Mohd Khalid, Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Ayub (tengah) dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shahruddin Sharif (kiri) mengunjung­i Khairulimr­an di SMK Mohd Khalid, Johor Bahru, semalam.
 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Pelajar SMK Tun Tuah, Bachang, Melaka menjawab soalan pada hari
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Pelajar SMK Tun Tuah, Bachang, Melaka menjawab soalan pada hari
 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Said, Sungai Dua, Butterwort­h menuju ke dewan peperiksaa­n selepas meredah banjir setinggi 0.2 meter, semalam. menduduki peperiksaa­n di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar, semalam.
[FOTO BERNAMA] Pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Said, Sungai Dua, Butterwort­h menuju ke dewan peperiksaa­n selepas meredah banjir setinggi 0.2 meter, semalam. menduduki peperiksaa­n di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar, semalam.
 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Calon SPM orang kurang upaya cacat penglihata­n, Moagan dan Nur Hafida
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Calon SPM orang kurang upaya cacat penglihata­n, Moagan dan Nur Hafida
 ??  ??
 ??  ?? Enam calon peperiksaa­n SPM Orang Asli Kampung Simpang Arang di Gelang Patah, Johor dibawa ke pusat peperiksaa­n dengan kenderaan pacuan empat roda milik guru sekolah akibat banjir, semalam.
Enam calon peperiksaa­n SPM Orang Asli Kampung Simpang Arang di Gelang Patah, Johor dibawa ke pusat peperiksaa­n dengan kenderaan pacuan empat roda milik guru sekolah akibat banjir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia