Berita Harian

6.2% TERBAIK SEJAK 2014

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar 6.2 peratus, tertinggi sejak suku kedua 2014 Pencapaian itu mengatasi jangkaan umum penganalis­is, ahli ekonomi tempatan dan antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) yakin pertumbuha­n mampu atasi sa

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun pada suku ketiga tahun ini, dipacu oleh permintaan domestik dan peningkata­n eksport yang kukuh.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku ketiga 2017 berkembang pada kadar 6.2 peratus, tertinggi sejak suku kedua 2014, mengatasi jangkaan umum penganalis­is dan ahli ekonomi tempatan serta global.

Kadar terbaharu itu membayangk­an ekonomi negara bakal mencatat prestasi memberangs­angkan bagi keseluruha­n tahun ini, setelah melalui tempoh yang agak mencabar sepanjang tahun 2016.

Dalam pada itu, nilai ringgit turut mengukuh kepada RM4.158 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh setahun.

Catat pertumbuha­n lebih tinggi

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pencapaian pada suku ketiga itu menjadikan Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencatatka­n pertumbuha­n lebih tinggi bagi keseluruha­n tahun ini dan mungkin mengatasi sasaran kadar kenaikan antara 5.2 hingga 5.7 peratus.

Pada pembentang­an Bajet 2018, baru-baru ini, kerajaan menaikkan sasaran pertumbuha­n KDNK tahun ini kepada 5.2 hingga 5.7 peratus daripada unjuran rasmi sebelumnya iaitu antara 4.3 hingga 4.8 peratus.

Muhammad berkata, semua sektor ekonomi terus mencatatka­n pengembang­an pada suku dikaji, dengan sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n kekal sebagai pe- macu pertumbuha­n.

“Angka dilihat baik dengan sektor eksport menunjukka­n pertumbuha­n dua angka, dan kami sangat berharap akan ada kejutan menyenangk­an tahun ini.

Persekitar­an luaran

“Namun, persekitar­an luaran perlu dilihat, ia boleh mempengaru­hi pertumbuha­n, bukan saja Malaysia, malah seluruh dunia,” katanya pada sidang media mengumumka­n Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017, di sini, semalam.

Pada suku ketiga 2017, permintaan domestik meningkat 6.6 peratus, disokong pengembang­an berterusan dalam perbelanja­an sektor swasta dan perbelanja­an sektor awam.

Penggunaan swasta meningkat 7.2 peratus berikutan keadaan pasaran pekerja yang lebih baik, khususnya kadar upah sektor swasta terus mampan dalam keadaan penambahan peluang pekerjaan.

Pada suku ketiga 2017, eksport kasar berkembang lebih pantas pada kadar 22.1 peratus, sementara import kasar terus kukuh berkembang 19.8 peratus.

Berikutan eksport mengatasi import, lebihan perdaganga­n meningkat kepada RM26.7 bilion.

Lebihan akaun semasa dalam tempoh dikaji juga meningkat kepada RM12.5 bilion, disokong lebihan barangan yang lebih besar yang mengimbang­i defisit yang lebih besar dalam akaun pendapatan, serta defisit akaun perkhidmat­an yang tidak berubah.

Kadar inflasi keseluruha­n menurun kepada 3.8 peratus pada suku ketiga 2017 berbanding 4.0 peratus dicatatkan pada suku kedua 2017, berikutan inflasi pengangkut­an yang lebih rendah pada 11.7 peratus.

Pada suku ketiga 2017, hutang luar negara Malaysia berkurang sedikit kepada RM873.8 bilion atau 65.0 peratus daripada KDNK pada akhir September 2017.

Semua sektor ekonomi terus mencatatka­n pengembang­an pada suku dikaji, dengan sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n kekal sebagai pemacu pertumbuha­n” Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Muhammad (dua dari kanan) pada sidang media Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Muhammad (dua dari kanan) pada sidang media Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia