Berita Harian

UMP terus cemerlang cipta rekod

Capai 95 peratus kadar kebolehpas­aran graduan tahun lalu, lepasi sasaran ditetapkan KPT

- Oleh Nurul Nadira Shaari

̌

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta rekod tersendiri selepas mencatat 95 peratus kadar kebolehpas­aran graduan pada tahun lalu, melepasi sasaran 85 peratus ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

Naib Canselor UMP, Datuk Prof Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata UMP setakat ini sudah melahirkan 22,502 graduan dalam pelbagai bidang kejurutera­an dan teknologi peringkat prasiswaza­h sehingga pasca siswazah, sejak 15 tahun ditubuhkan pada 2002.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarka­n pencapaian kekal cemerlang pada tahap 95 peratus atau lebih baik pada tahun ini, berdasarka­n peningkata­n beberapa fakulti mencapai lebih daripada peratusan itu.

“Ini antara usaha sama UMP menerusi Pusat Penempatan & Pembanguna­n Kerjaya (CPDC) melalui pembabitan lebih 40 industri dalam inisiatif Structured Internship Programme (SIP) oleh Jabatan Jaringan Industri dan Masyarakat yang berperanan menjalanka­n banyak inisiatif meningkatk­an kadar kebolehpas­aran graduan di universiti berkenaan.

“Kita juga komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran program akademik menerusi jalinan strategik di peringkat antarabang­sa, sekali gus menjadi pemain global yang kompetitif.

Model bertaraf dunia

“Ini termasuk akan menambah nilai program kejurutera­an menggunaka­n model bertaraf dunia seperti program kerjasama dengan Karlsruhe University of Applied Science (HSKA) yang dilihat sebagai tanda aras terbaik kepada universiti di negara ini.

“Malah, usaha berterusan UMP menjalin hubungan baik dengan industri bagi melahirkan graduan holistik bercirikan keusahawan­an dan seimbang bagi memenuhi keperluan pasaran juga menjadi penyumbang pencapaian peratusan berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Selain itu, Daing Nasir berkata, keupayaan UMP terus diyakini apabila mendapat kepercayaa­n meneraju Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) dengan menyediaka­n tenaga kerja mahir bagi projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.

Beliau berkata, UMP dilantik sebagai universiti fokal bagi tujuan itu turut menubuhkan Akademi Industri Kereta Api (RIA) di Kampus Gambang, di sini, sebagai komitmen bagi membekalka­n tenaga kerja mahir untuk ERCL sejauh 688 kilometer bernilai RM55 bilion.

“RIA adalah satu daripada inisia

tif kita memajukan bidang teknologi industri kereta api di negara ini. Program Teknologi Kejurutera­an Mekanikal (Operasi dan Penyelengg­araan Sistem Rel) sebagai kursus elektif turut diperkenal­kan dan kita merancang menawarkan Program Teknologi Kejurutera­an Pengurusan Fasiliti (Perkhidmat­an Transit) di bawah Fakulti Teknologi Kejurutera­an (FTEK) pada masa depan.

“Kirakira 3,600 graduan universiti dilatih dalam tempoh lima tahun dan mereka akan diserap bekerja di China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC), Malaysia Rail Link (MRL) dan sub kontraktor terbabit.

Penyelidik­an impak tinggi

“Seramai 50 pelatih sedang mengikuti PLKIECRL, manakala 300 pelatih lagi lepasan sijil akan diambil bulan depan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, UMP turut cemerlang menghasilk­an penyelidik­an dan inovasi berimpak tinggi, sekali gus mencapai kejayaan antarabang­sa termasuk memenangi Kategori Produk Anugerah Inovasi Negara (AIN) pada Expo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan 2017 (NICE) melalui penghasila­n produk PISOPTERA berteknolo­gi hijau pertama di Malaysia.

Katanya, produk mesra alam itu sesuai bagi menangani masalah serangan anaianai dan mendapat fasilitasi pengkomers­ialan melalui dana Perkomersi­alan Penyelidik­an dan Pembanguna­n (CRDF).

“Prestasi cemerlang anak syarikat kita, UMP Ecopest Sdn Bhd dan UMP Keraglow Sdn Bhd turut menerima anugerah University Startup Recognitio­n Award melalui program QB3 Train the Trainer oleh Malaysia Bioeconomy Corporatio­n,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO IHSAN UMP ] ?? Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak (tiga dari kanan) menyaksika­n majlis menandatan­gani MOA antara Daing Nasir
(dua dari kanan) dan Pengarah Urusan
China Communicat­ions...
[ FOTO IHSAN UMP ] Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak (tiga dari kanan) menyaksika­n majlis menandatan­gani MOA antara Daing Nasir (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan China Communicat­ions...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia