Berita Harian

Hollywood yang bermasalah

-

tawaran awal yang diterimany­a terarah kepada watak stereotaip. Sering dia bersua dengan watak sebagai gadis India yang cuba mencari jodoh atau terperangk­ap dalam perkahwina­n yang diatur keluarga.

Hollywood katanya, bermasalah dengan watak yang boleh dilakonkan pelakon dari Asia. Enggan mengalah, Pinto sebaliknya cuba melihat situasi itu dari perspektif besar.

“Mungkin peluang itu belum pernah diperoleh pelakon yang berasal dari India. Memang mudah jika saya menerima tawaran membintang­i filem berbajet besar, tetapi saya bimbang ia menjatuhka­n budaya dan adat yang saya junjung,” katanya.

Pinto mengakui, dia juga pernah melakukan kesilapan dalam kerjayanya. Membintang­i Rise Of The Planet Of The Apes membawakan saintis bernama Caroline pada 2011 adalah antara kesilapan terbesarny­a. Kemunculan­nya dalam filem itu pernah dikritik sekadar mempertaru­hkan wajah cantik.

“Saya tidak fikir apa yang orang lain fikir. Saya tidak faham konsep kecantikan sebenar. Memang mereka boleh mengambil pelakon cantik tetapi jika tidak boleh berlakon, untuk apa?,” katanya.

Lakonan terapi diri

Bagi Pinto, setiap hari adalah proses pembelaja ran yang mematangka­n langkah. Sebagai pelakon, ada masanya fokus mereka hanya tertumpu kepada kerja.

“Memang menyeronok­kan apabila sentiasa diburu kesibukan, tetapi saya pula sebaliknya. Selepas bekerja keras, saya memerlukan masa untuk berehat dan melihat ke dalam diri. Saya juga perlukan masa untuk memberanik­an diri mencuba sesuatu yang baharu.

“Pelakon mempunyai ruang untuk menyalurka­n emosi mereka menerusi pelbagai karakter. Mereka boleh menterjema­hkan sisi gelap, buruk dan cantik menerusi karakter yang dibawa. Bagi saya, itu adalah terapi diri,” katanya.

Pinto berkata, dia juga tidak gentar meluahkan isi hatinya meskipun tindakan itu akan mengheretn­ya dalam kemelut. Bersyukur kerana mempunyai kerjaya yang semakin stabil di Hollywood, Pinto berkata, dia tidak pernah menyesali keputusan yang dibuat.

“Saya bangga kerana saya mencapainy­a pada usia 20an. Ia mematangka­n saya dalam membuat pilihan. Tidak mengapa jika berbuat silap dan jangan sesekali menyesalin­ya. Hanya dari situ, kita dapat belajar sesuatu.

“Sekiranya mempercaya­i sesuatu, saya akan terbuka mempertaha­nkannya. Mungkin kerana itu, mereka yang tidak gemar bersemuka akan berasa sukar bersama saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia