Berita Harian

BH raih 3 anugerah utama Kinabalu Shell Press Award

-

Kota Kinabalu: BH menggondol tiga anugerah utama Bahasa Melayu serta empat merit sempena Kinabalu Shell Press Awards 2017, malam ini.

Anugerah utama dimenangi Mohd Izham Unnip Abdullah menerusi Anugerah Berita Perniagaan dan Ekonomi, selain Poliana Ronnie Sidom bersama Mohd Izham menerusi Anugerah Berita Bahasa Melayu.

Satu lagi anugerah utama dimenangi wartawan sambilan BH Tawau, Abdul Rahemang Taiming menerusi Anugerah Berita Kategori Stringer.

Mohd Izham turut mendapat merit bagi kategori hiburan, manakala Suzianah Jiffar menang merit kategori Anugerah Kewartawan­an Kinabalu dan Alam Sekitar, manakala Mohd Nazllie Zainul memenangi merit kategori Berita Stringer.

Kategori utama

Sementara itu, jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Malai Rosmah Tuah memenangi kategori utama Anugerah Kewartawan­an Foto, manakala Mohd Adam Arinin memenangi Anugerah Foto Stringer.

dan turut memenangi masing-masing satu kategori utama.

Wartawan NST, Avila Geraldine Samuel dan Roy Goh memenangi anugerah utama kategori Berita Bahasa Inggeris, manakala wartawan Harian Metro, Norasikin Daineh meraih anugerah utama Kategori Alam Sekitar Bahasa Melayu.

Hadiah utama disampaika­n Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Yang turut hadir Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Muguntan Vanar.

 ?? [ FOTO LANO LAN / BH ] ?? Mohd Adam, (kiri), Avila dan Mohd Izham bersama anugerah masingmasi­ng pada Majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.
[ FOTO LANO LAN / BH ] Mohd Adam, (kiri), Avila dan Mohd Izham bersama anugerah masingmasi­ng pada Majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia