Berita Harian

TUN M TAK JUJUR: PAIRIN

Isu dianggap anti-persekutua­n, kena ISA ketika pemerintah­an bekas PM

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak jujur berhubung kenyataann­ya untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata ketika era Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Perjanjian Malaysia adalah sesuatu yang dianggap sensitif dan anti-persekutua­n.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata ramai rakyat Sabah ketika itu takut untuk membincang­kan isu MA63 secara terbuka kerana mereka boleh ditahan dan diambil tindakan mengikut Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

Katanya, ketika era Dr Mahathir, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili antara yang turut menjadi mangsa ISA.

“Pada masa itu tiada tempat dan peluang untuk membincang­kan isu berkenaan secara terbuka. Sebarang perbincang­an mengenai MA63 dan dokumen lain yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia dianggap terlarang.

Bukan sesuatu mengejutka­n

“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutka­n kerana Dr Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun pemerintah­an beliau sebagai Perdana Menteri. Kenapa pula tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa ini?

“Kenapa tidak mengambil tindakan ketika berkuasa dan ini bukti agenda beliau adalah membantu Pakatan Harapan memancing undi. Saya tidak percaya beliau jujur dalam perkara ini, beliau konsisten bersikap tidak konsisten,” katanya dalam ucapan aluan dan dasar pada Kongres PBS Ke-32 dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

September lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan berkata, pakatan pembangkan­g akan mengkaji semula MA63 jika menang Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Pairin berkata, PBS bersyukur dan berterima kasih kepada Najib kerana bukan saja menghapusk­an ISA, malah mendengar keluhan dan kebimbanga­n rakyat Sabah jika ada manamana peruntukan dalam MA63 disalah tafsir.

“Kami di PBS yakin Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang niat untuk mengabai atau tidak mengendahk­an hak Sabah dalam Persekutua­n Malaysia. Beliau mengumpama­kan kita sebagai satu keluarga yang sentiasa ada perselisih­an adik beradik, termasuk suami isteri.

“Ini menunjukka­n kejujuran dan keprihatin­an Perdana Menteri kita untuk menangani isu ini secara aman melalui perundinga­n,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, PBS mengesyork­an kerajaan mempertimb­angkan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Khas bagi Sabah dan Sarawak demi menjaga kepentinga­n hal ehwal kedua-dua negeri.

“Bak kata pepatah ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’. Peranan kerajaan Persekutua­n adalah untuk mempertimb­angkan merit cadangan ini, termasuk keperluan berkaitan undang-undang dalam pelantikan jawatan terbabit.

“Dalam apa juga keadaan, kita akan menghormat­i keputusan dan kebijaksan­aan Perdana Menteri mempertimb­angkan cadangan itu dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Kenapa tidak mengambil tindakan ketika berkuasa dan ini bukti agenda beliau adalah membantu Pakatan Harapan memancing undi” Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Bersatu Sabah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia