Berita Harian

NIDZAM BERI TEMPOH 14 HARI

Pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan diminta beri keterangan

- Oleh Zulfaizan Mansor

Pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan diberi tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tampil ke mana-mana balai polis dan memberi keterangan berhubung dakwaannya bahawa jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff dan enam pemain Helang Merah menerima rasuah pada final Piala Malaysia, 4 November lalu.

Penasihat perundanga­n kepada Nidzam, Datuk Iszam Kamal Ismail berkata, pemilik akaun berkenaan juga perlu menunjukka­n bukti sahih mengenai dakwaannya itu.

Katanya, jika gagal menunjukka­n bukti, Muhammad Ridzwan seterusnya diminta untuk membuat permohonan maaf bagi membersihk­an nama Nidzam dan pemain Kedah yang dianggap berdepan tuduhan fitnah.

“Jika dia (Muhammad Ridzwan) tidak hadir memberi keterangan di balai polis dalam tempoh itu dan enggan membuat permohonan maaf, kami tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadapny­a.

“Ia berikutan kami melihat tuduhan itu terlalu berat hingga menjatuhka­n reputasi dan kredibilit­i Nidzam serta pemain Kedah.

Beri pengajaran

“Tujuan kami mengambil tindakan ini juga sebagai memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarka­n apa saja di laman sosial hingga menjatuhka­n nama baik individu tertentu,” katanya ketika ditemui di balai polis USJ 8, di sini, semalam.

Pada 9 November lalu, Nidzam sudah membuat laporan polis selepas dakwaan beliau bersama enam pemain Kedah - Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim dan kapten, Khairul Helmi Johari - didakwa menerima rasuah dan menjual perlawanan final Piala Malaysia.

Malah, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu mengesahka­n melakukan pemeriksaa­n awal ke atas skuad bola sepak Kedah susulan dakwaan rasuah terbabit.

Pada perlawanan akhir itu, Helang Merah yang juga juara bertahan Piala Malaysia tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim hasil jaringan Aidil Zafuan Abd Radzak dan Gonzalo Cabrera.

Sementara itu, Nidzam yang turut hadir ke balai polis menjelaska­n beliau mahu namanya dibersihka­n kerana tuduhan itu turut memberi kesan kepada keluargany­a.

“Saya harap harap polis dapat membuat siasatan secara terperinci untuk selesaikan masalah ini kerana ia boleh menjejaska­n nama saya dan masa depan kerjaya saya,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, semalam. ?? Iszam Kamal(kanan) bersama Nidzam Adzha menunjukka­n laporan polis mengenai kes fitnah terhadap pemain Kedah
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, semalam. Iszam Kamal(kanan) bersama Nidzam Adzha menunjukka­n laporan polis mengenai kes fitnah terhadap pemain Kedah
 ??  ?? Gonzalo Cabrera
Gonzalo Cabrera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia