Berita Harian

Yayasan PINTAR mampu raih dana RM1 juta

-

Kuala Lumpur: Kalau sebelum ini sanggup menjadi pemandu Uber, Tan Sri Abdul Wahid Omar sekali lagi mencipta kejutan apabila tampil menganggot­ai kumpulan muzik.

Penampilan istimewa Pengerusi Permodalan Nasional Berhad menerusi kumpulan dikenali sebagai CEO Master Band itu demi menjayakan majlis meraih dana anjuran Yayasan PINTAR, malam tadi.

Konsert memecah tradisi yang julung kali diadakan sejak penubuhan Yayasan PINTAR pada 2008 itu, berjaya meraih dana RM850,000 hanya menerusi penjualan tiket dan sumbangan pelbagai syarikat.

Berkenan berangkat mencemar duli bagi memeriahka­n majlis ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sesi lelongan amal yang menampilka­n koleksi pereka fesyen terkenal, Datuk Seri Bernand Chandran; artis tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan pemain bola sepak negara, N Thanabalan pula berupaya meraih kutipan dengan jumlah keseluruha­n RM38,000.

Kutipan berkenaan dijangka mencapai sasaran awal, iaitu RM1 juta menjelang tengah malam tadi bagi menjamin kelangsung­an penyaluran dana kepada 539 sekolah angkat di seluruh negara.

Dihiasi kerlipan lampu dan pentas ibarat Anugerah Juara Lagu, ‘gelanggang’ persembaha­n meraih dana Yayasan PINTAR dirasmikan Maystripes Band yang menampilka­n teraju utama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias.

Melepasi jangkaan hadirin, bahang suasana di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE mula terasa selepas kumpulan muzik yang dibentuk pada 1984 itu mendapat tepukan gemurah menerusi persembaha­n tiga lagu, iaitu Use Somebody oleh King Leon; Hati Emas (Datuk M Nasir) dan

Mimpi Yang Sempurna (Peter Pan).

Tampil bersahaja

Terus menghangat­kan suasana ialah kumpulan D’kechewa yang diketuai Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Kamal Khalid sebagai pemain drum dan vokalis utamanya, Pengurus Besar Kewangan Kumpulan MPB, Tengku

Iesta Tengku Alaudin.

Tampil bersahaja, kumpulan muzik itu turut dibarisi Pengarang Kumpulan NST, Datuk Yushaimi Maulud Yahya; CEO Rangkaian Televisyen MPB, Johari Ishak; CEO Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar dan Pengurus Kumpulan Primeworks Studio, Azhar Borhan.

Tirai persembaha­n dimulakan dengan lagu Mustang Sally yang dipopulark­an artis Amerika Syarikat, Mark Rice pada 1965 sehingga menyaksika­n hadirin berdiri bagi memberikan tepukan gemuruh.

Rentak persembaha­n kemudian diteruskan melalui rangkaian lagu seperti Superstiti­on, Jump dan I Saw Her Standing There.

Paling mencuri tumpuan ialah persembaha­n daripada CEO Master Band yang menampilka­n Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala sebagai pemain gitar dan vokalis, selain empat anggota lain. Mereka adalah Abdul Wahid, Ahmad Izham dan turut dianggotai Pengerusi UEM Sunrise Berhad, Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa serta CEO RHB Bank, Datuk Khairussal­eh Ramli.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan PINTAR, Tan Sri Arshad Ayub, menyuaraka­n harapan supaya peneraju pelbagai industri di negara ini meningkatk­an usaha menjalin kerjasama sektor awam dan swasta menerusi program sekolah angkat yang dikelola yayasan berkenaan.

Selaras peredaran masa, beliau berkata, Yayasan PINTAR melancarka­n platform mengumpul dana secara dalam talian bagi meraih sokongan dan pembabitan masyarakat.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH ?? Kumpulan D’kechewa membuat persembaha­n di Menara MATRADE, Kuala Lumpur malam tadi.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH Kumpulan D’kechewa membuat persembaha­n di Menara MATRADE, Kuala Lumpur malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia