Berita Harian

Suami isteri harungi cabaran demi PHD

Sibuk bekerja, urus rumah tangga bukan halangan

- Oleh Amniera Naziera Amran bhnews@bh.com.my

Kesibukan kerja dan tanggungja­wab menguruska­n rumah tangga, bukan penghalang kepada pasangan suami isteri untuk menamatkan pengajian, sekali gus bersama menggengga­m ijazah doktor falsafah (PHD) pada Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-19, di sini, semalam.

Dr Norsimah Dasan, 45, dan suaminya, Dr Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi, 43, menerima Ijazah PHD Psikologi serta Ijazah PHD Kurikulum dan Pengajaran.

Mereka antara 732 graduan pada sidang pertama konvokesye­n UMS termasuk 59 penerima PHD yang disampaika­n oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin.

Harung pelbagai cabaran

Ketika ditemui, Norsimah yang bekerja sebagai tutor di Open Universiti Malaysia (OUM) Sabah di sini, berkata pelbagai cabaran mereka harungi sepanjang empat tahun pengajian antaranya tanggungja­wab terhadap keluarga dan pekerjaan.

“Saya selalu menangis, terutama pada tahun kedua pengajian kerana ketika itu sarat mengandung anak kelima. Saya mengalami alahan menyebabka­n kerap tidak hadir kelas.

“Saya hampir tidak mahu meneruskan pengajian kerana berputus asa, namun dorongan ahli keluarga, terutama suami dan anak membuatkan saya membatalka­n niat itu,” katanya sambil menambah beliau dan suaminya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia (USM),” katanya.

Saya selalu menangis, terutama pada tahun kedua pengajian kerana ketika itu sarat mengandung anak kelima. Saya mengalami alahan yang teruk menyebabka­n kerap tidak hadir kelas” Norsimah Dasan

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH ?? Mohd Mahadzir dan Norsimah menerima Ijazah PHD pada Konvokesye­n UMS, di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH Mohd Mahadzir dan Norsimah menerima Ijazah PHD pada Konvokesye­n UMS, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia