Berita Harian

ACTYVATE platform belia sumbang idea

Buah fikiran dapat sokongan akan terima bantuan kewangan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Belia perlu menggunaka­n platform inovasi sosial, ACTYVATE untuk menyumbang idea dan mendapat dana untuk menjadikan buah fikiran itu satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata idea yang mendapat sokongan orang ramai, akan diberikan bantuan kewangan untuk direalisas­ikan, bagi membuktika­n pandangan belia didengari.

Katanya, banyak idea baharu boleh disumbangk­an belia, sekali gus melahirkan lebih ramai anak muda yang memiliki visi mencari penyelesai­an bagi pelbagai isu masyarakat.

“Terlalu banyak idea yang tidak dapat diterjemah­kan dalam bentuk kesukarela­wanan atau sesuatu yang baharu kerana mereka (pencetus idea) menghadapi masalah dalam bantuan kewangan.

“Menerusi ACTYVATE, idea mereka akan disebarkan pada masyarakat umum dan mana-mana yang mendapat sokongan orang ramai, bantuan kewangan akan diberikan sama ada daripada individu, swasta serta kerajaan.

“Idea yang baik harus direalisas­ikan. Kita tidak kisah siapa sumbangkan bantuan kewangan. Insyaallah akan ada dokongan kerajaan, tetapi yang penting adalah idea dan kreativiti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran ACTYVATE pada Fiesta ACTYVATE di IM4U Sentral di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif IM4U, Rudy Malik dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC), Ashran Ghazi.

ACTYVATE yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ialah platform dalam talian bagi masyarakat, khususnya belia untuk melontarka­n cadangan, memberi sokongan serta meningkatk­an sumber bagi projek kreatif.

Boleh syor projek bermanfaat

Menerusi laman sesawang actyvate.my, orang ramai boleh memberi cadangan untuk merancang projek yang memberi kesan positif pada masyarakat. Antaranya dalam pembanguna­n masyarakat, alam sekitar, peluang ekonomi, penguranga­n kemiskinan, pembanguna­n belia, seni, media, budaya, kesihatan, pendidikan serta kebajikan haiwan.

Inisiatif itu turut disokong Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Jabatan Latihan Khidmat Negara serta Majlis Belia Malaysia.

Fiesta ACTYVATE diadakan dengan acara seperti trak makanan, bazar, zon interaktif dan konsert amal oleh beberapa artis terkenal seperti Hazama & The Penglipur Lara, Stacey, Idayu, Syamel, Sufi dan Ara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, tindakan beliau dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam, didorong simpati.

Katanya, menerusi bahasa badan Anwar, beliau dapat melihat pemimpin pembangkan­g itu menerima lawatannya dengan baik.

“Saya tidak merancang untuk melawat beliau, tetapi saya terpanggil untuk berbuat demikian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menziarah Anwar semalam (kelmarin),” katanya.

Kita tidak kisah siapa sumbangkan bantuan kewangan. Insya-allah akan ada dokongan kerajaan, tetapi yang penting adalah idea dan kreativiti” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? Ahmad Zahid dan isteri melawat Anwar di HKL, semalam.
Ahmad Zahid dan isteri melawat Anwar di HKL, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia