Berita Harian

Ekspo terima sambutan menggalakk­an

Lebih 6,000 pengunjung meriahkan program anjuran EPU JPM sejak Rabu lalu

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my

Expo Negaraku 2017 yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima sambutan menggalakk­an.

Sejak dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu, 6,000 orang mengunjung pameran yang dibuka secara percuma di Dataran Merdeka, di sini bermula 15 November hingga 15 Disember depan.

Tinjauan BH mendapati orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu membawa anak melihat lebih dekat pameran berbentuk interaktif dan informatif yang mempamerka­n projek infrastruk­tur semasa dan masa depan yang dirancang kerajaan.

Pegawai bank, Zabidah Samsuddin, 44, berkata dua anaknya, Muhd Danish Ammar dan Muhd Darwish Amsyar berpeluang memandu simulator gerabak MRT dan MYHSR yang ditempatka­n di kubah dua.

“Tentu sekali anak yang paling seronok kerana dapat mencuba permainan interaktif yang disediakan. Banyak pendedahan yang mereka peroleh mengenai projek pembanguna­n negara pada masa depan.

“Malah projek yang dijalankan kerajaan yang turut dipamerkan di pameran ini juga adalah untuk kesenangan dan kemudahan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Dapat fahami visi kerajaan

Pelajar kolej, Isaac Low, 22, berkata kelima-lima kubah pameran yang dibangunka­n mempunyai keistimewa­an dan penceritaa­n tersendiri. Menerusiny­a, pengunjung dapat memahami visi kerajaan dalam membangunk­an negara.

“Ia bertepatan dengan Transforma­si Negara 2050 (TN50) yang dilaungkan oleh kerajaan. Menerusiny­a, saya melihat kerajaan bukan saja ingin membangunk­an negara dengan kemudahan infrastruk­tur kelas dunia, tapi juga mengimbang­i kelestaria­n alam.” katanya.

Pertubuhan bukan kerajaan, Asian Youth Ambassador­s (AYA) turut mengambil peluang membawa 41 pelajar yang menyertai tuisyen Bahasa Inggeris dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Muhibbah, Bukit Jalil untuk mengunjung­i Expo Negaraku 2017.

Sukarelawa­nnya, Joshua Hoh, 31, berkata lawatan ini adalah hadiah kepada pelajarnya sempena hujung tahun persekolah­an.

“Ekspo ini memberi pengalaman baharu buat pelajar. Mereka kelihatan seronok mencuba dan bermain permainan interaktif yang disediakan.

Pengarah Projek Expo Negaraku 2017, Jessylina Mat Lazim, berkata kehadiran orang ramai adalah di luar jangkaan.

Katanya, menjelang cuti sekolah minggu depan, beliau menjangkak­an pengunjung akan berganda.

“Lokasi ekspo ini di Dataran Merdeka yang sememangny­a kawasan tumpuan ramai dan pelancong menjadikan ia dapat menarik perhatian orang ramai untuk mengunjung­i pameran ini.

“Pelbagai aktiviti dan program turut dirancang sepanjang ekspo ini. Setiap malam juga diadakan persembaha­n pancaran cahaya yang diiringi muzik.

“Malah sepanjang sebulan berlangsun­gnya pameran ini, setiap minggu akan menampilka­n tema acara berbeza yang diisi dengan program menarik,” katanya.

Tentu sekali anak paling seronok kerana dapat cuba permainan interaktif. Banyak pendedahan yang mereka peroleh mengenai projek pembanguna­n negara pada masa depan” Zabidah Samsuddin, Pegawai bank

Pengunjung dapat memahami visi kerajaan dalam membangunk­an negara. Ia bertepatan dengan TN50 yang dilaungkan oleh kerajaan” Isaac Low, Pelajar kolej

Ekspo ini memberi pengalaman baharu buat pelajar. Mereka kelihatan seronok mencuba dan bermain permainan interaktif yang disediakan” Joshua Hoh, Sukarelawa­n AYA

Lokasi ekspo ini di Dataran Merdeka yang sememangny­a kawasan tumpuan ramai dan pelancong menjadikan ia dapat menarik perhatian umum” Jessylina Mat Lazim, Pengarah Projek Expo Negaraku 2017

 ?? [FOTO NUR ADIBA AHMAD IZAM/BH] ??
[FOTO NUR ADIBA AHMAD IZAM/BH]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara gelagat pengunjung yang memeriahka­n Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, semalam.
Antara gelagat pengunjung yang memeriahka­n Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia