Berita Harian

PM disifat amal politik matang lawat Anwar

-

Tumpat: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan pemimpin berjiwa besar yang mengamalka­n politik matang apabila melawat ‘musuh’ politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata lawatan Najib terhadap Anwar yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin, adalah atas dasar prinsip dan ukhuwah sesama Islam.

“Sebelum ini Perdana Menteri turut melawat Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dalam politik, walaupun Anwar adalah musuh Barisan Nasional (BN), lawatan itu menunjukka­n Perdana Menteri kita berjiwa besar.

“Suatu masa dahulu, Anwar juga pemimpin BN (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan pernah berada di bawah pimpinanny­a, jadi tidak akan terputus silaturrah­im itu, sekali gus menunjukka­n betapa hebatnya politik yang diamalkan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Semarak Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 peringkat negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, semalam.

Yang turut hadir pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas.

Anwar menjalani pembedahan bahu dan sedang dalam proses rawatan di HKL.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Mustapa beramah mesra dengan hadirin pada Program Semarak Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Mustapa beramah mesra dengan hadirin pada Program Semarak Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia