Berita Harian

Suara Malaysia didengari

-

Tahniah Malaysia kerana berjaya membangkit dan membincang­kan secara terbuka isu pembunuhan beramai-ramai Rohingya di hadapan Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan didengari pemimpin dunia lain, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 di Manila, baru-baru ini.

Penderitaa­n dan kekejaman terhadap etnik Rohingya sewajarnya mendapat pembelaan serta perhatian masyarakat antarabang­sa.

Belalang faham, isu ini akan mengambil masa untuk diselesaik­an, namun percaya suara dilontarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberi impak perkembang­an positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia