Berita Harian

TPP ibarat telenovela, penghujung yang panjang

-

Banyak drama menjelang termeterai­nya Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPP) di Danang, Vietnam, 11 November lalu. Daripada insiden sebuah negara besar menarik diri, sampailah kepada pemimpin negara jirannya ‘tidak muncul’ mesyuarat sehingga 10 ketua negara lain terpaksa menunggu lebih sejam selepas adegan memujuk yang dilakukan pengerusi gagal.

Dengan nama baru Perjanjian Komprehens­if dan Progresif TPP atau CPTPP, akhirnya 11 negara anggota TPP (TPP-11) dapat mencapai konsensus untuk meneruskan pakatan perdaganga­n itu.

Istilah talk collapsed berlegar dalam media sosial pertubuhan dan agensi berita antarabang­sa sejak berita tersebar mengenai kegagalan menteri ekonomi mengeluark­an kenyataan sebelum bermulanya mesyuarat peringkat ketua negara.

Yang pastinya, banyak pihak sebelum ini kurang senang dengan TPP terpaksa menggigit jari apabila perjanjian perdaganga­n itu tidak terkubur selepas pengundura­n Amerika Syarikat (AS), sebaliknya mencapai persetujua­n untuk meneruskan­nya dengan nama baharu.

Perlu diketahui, punca penolakan awal Kanada ketika di Danang itu bukan atas sebab ‘menjual negara’, sebaliknya pemimpinny­a mahu menyelesai­kan tekanan daripada pengundiny­a di tanah air terlebih dulu yang meminta kerajaan membincang­kan lebih teliti shopping list sebelum memberi komitmen melalui kenyataan bersama menteri di Danang.

Ini adalah antara persefaham­an dalam kalangan pemimpin TPP-11 bahawa mereka ada dua pertimbang­an dan keutamaan dalam membuat keputusan iaitu dari aspek substantif dan satu lagi dari segi penerimaan politik. Kanada tergolong dalam kelompok kedua.

Tidak timbul soal menjual negara jika menyertai TPP-11 kerana semua pemimpin negara terbabit ada komitmen moral, khususnya mempertaha­nkan dasar sosioekono­mi yang sensitif seperti Malaysia yang menjaga kepentinga­n Bumiputera dan penjagaan kesihatan awam. Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak sekalikali akan menggadaik­an agenda nasional dalam memenuhi tuntutan TPP-11.

Malah, TPP-11 bersetuju mengekalka­n peraturan tidak mengikat dan menghormat­i hak semua negara untuk mengawal, termasuk bertolak ansur ketika mahu mengadakan peraturan dan perundanga­n. Setiap negara diberi hak untuk memelihara, membangun dan melaksanak­an dasar kebudayaan masing-masing. Perjanjian hanya boleh dikuatkuas­akan setelah disahkan oleh enam daripada 11 negara anggota.

Walau apa pun alasan, sama ada baik atau buruk menyertai TPP-11, impak ke atas ekonomi negara perlu diberi pertimbang­an utama, apatah lagi TPP-11 juga membabitka­n negara sama yang menyertai Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Globalisas­i dan perdaganga­n pelbagai hala bukan lagi pilihan. Kita masih ada masa untuk melihat TPP-11 dikuatkuas­akan dalam tempoh dua tahun lagi. Itupun selepas semua negara mengesahka­n persetujua­n masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia