Berita Harian

Plagiarism­e jenayah akademik: Sultan Nazrin

-

Kuala Kangsar: Plagiarism­e adalah jenayah akademik dan perilaku mungkar terhadap ilmu dan ilmuwan yang wajib ditangani secara tegas, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, plagiarism­e wajib diberikan perhatian serius dan satu kaedah pemantauan yang berkesan wajib diformulas­ikan demi memastikan integriti dan kredibilit­i sesebuah universiti terus terpelihar­a.

“Plagiarism­e semakin membentang­kan cabaran kepada dunia pendidikan selepas bermula World Wide Web (www) dengan maklumat tersangat mudah diperoleh secara elektronik melalui internet.

“Pada masa ini, maklumat begitu mudah disalin, ditiru dan ditampal dalam kerja kursus dan laporan yang disediakan oleh pelajar.

“Dengan berbilion jumlah bahan yang terkandung dalam internet, adalah amat menyulitka­n warga akademik untuk dapat menyemak sepenuhnya kesahihan dan keaslian kerja kursus dan bahan penyelidik­an dihasilkan pelajar di bawah pengawasan mereka.

“Apatah lagi jika jumlah pelajar begitu ramai dan nisbah pelajar pengajar begitu tinggi,” titah baginda pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Dewan Jubli Perak, di sini semalam.

Harap USAS terhindar plagiarism­e

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor USAS, Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Baginda berharap nama baik USAS terhindar daripada tercemar dengan perbuatan plagiarism­e dalam kalangan pelajar dan lebih-lebih lagi warga akademik.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menzahirka­n penghargaa­n kepada Zambry yang berjaya memberikan kepemimpin­an berwawasan kepada USAS berbekalka­n pengalaman beliau sebagai seorang ahli akademik sebelum ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia