Berita Harian

Sultan Kedah dimasyhur sebagai Canselor UUM

Graduan diminta bersedia hadapi cabaran Revolusi Industri 4.0

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@bh.com.my

Graduan institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 kerana dunia pekerjaan dan kehidupan akan dikuasai teknologi dengan bantuan robotik.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, bertitah realiti kehidupan yang begitu mencabar memerlukan semua pihak berfikiran terbuka, bertindak mengikut nilai dan norma budaya berteraska­n agama.

“Mungkin masih ramai yang pertama kali mendengar mengenai Revolusi Industri 4.0 yang kini menjadi agenda kerajaan dan negara ini. Secara umumnya, Revolusi Industri 4.0, memudahkan kehidupan manusia dengan bantuan robotik.

“Namun, manusia harus bersiap sedia, kerana pekerjaan dan kehidupan mereka akan dikuasai oleh teknologi ini,” titah baginda pada Istiadat Pemasyhura­n Canselor dan Konvokesye­n Ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM di Dewan Muadzam Shah, di sini, semalam.

Sistem pendidikan perlu selari TN50

Baginda yang juga Canselor UUM, bertitah masyarakat juga perlu bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0, yang mana sistem pendidikan perlu disusun selari dengan agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Kementeria­n Pendidikan Tinggi sedang merangka dasar pendidikan bagi menjadikan Malaysia berdaya saing serta menjadi hab di rantau Asia Tenggara, kepada Revolusi Industri 4.0 ini.

“Pelaburan besar dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) perlu dilakukan menerusi gabungan dan kerjasama oleh pihak universiti dan industri. Beta percaya UUM mampu menjadi pemangkin dan penggerak untuk merealisas­ikan hasrat ini,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Sallehuddi­n dimasyhurk­an sebagai Canselor UUM bagi menggantik­an Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Watikah pemasyhura­n baginda dipersemba­hkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata bagi mengenang segala jasa dan sumbangan Almarhum Sultan Abdul Halim, UUM mewujudkan Kursi Profesor Sultan Abdul Halim.

“Kursi yang diletakkan di bawah Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) didedikasi­kan untuk membangunk­an penyelidik­an dan memacu penerokaan ilmu dalam bidang tadbir urus.

“Semoga pewujudan kursi ini dan segala sumbangan Almarhum kekal terpahat di persada ilmu di UUM.

“Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam juga mengambil inisiatif menghulurk­an sumbangan peribadi RM2 juta sebagai dana permulaan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Tunku Puteri Intan Safinaz juga diperkenan dilantik sebagai Pro Canselor UUM bagi tempoh tiga tahun.

Seramai 5,935 graduan akan menerima ijazah pada lapan sesi, yang berlangsun­g selama lima hari, bermula semalam sehingga Rabu ini. Mereka terdiri daripada 4,439 graduan sarjana muda dan 1,496 graduan pascasiswa­zah.

Pada sesi pertama semalam, UUM mengurniak­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PHD) kepada Pengarah Urusan Epic Valley Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng (PHD Tanggungja­wab sosial Korporat) dan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (PHD Seni Kulinari).

Realiti kehidupan yang begitu mencabar memerlukan semua pihak berfikiran terbuka, bertindak mengikut nilai dan norma budaya berteraska­n agama” Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, Sultan Kedah

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Sultan Sallehuddi­n melafazkan watikah pemasyhura­n sebagai Canselor UUM pada Majlis Konvokesye­n Ke-30 UUM, Sintok, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Sultan Sallehuddi­n melafazkan watikah pemasyhura­n sebagai Canselor UUM pada Majlis Konvokesye­n Ke-30 UUM, Sintok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia