Berita Harian

Sri Gading bakal bandar nukleus moden

-

Batu Pahat: Parlimen Sri Gading bakal ditransfor­masikan sebagai bandar nukleus baharu di bahagian Johor Tengah berikutan pelaksanaa­n Projek Rel Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR) membabitka­n pembinaan stesen yang dijangka siap pada 2026.

Ahli Parlimenny­a, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata projek HSR bukan saja akan memberi manfaat ekonomi penduduk tempatan serta merancakka­n pembanguna­n kawasan pinggir bandar berkenaan, malah lebih utama memberi akses pengangkut­an moden dan bersepadu kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkut­an, berkata impak besar HSR akan memberi tempias positif kepada pembanguna­n di Sri Gading serta empat pekan utama iaitu Sri Gading, Parit Raja, Parit Yaani dan Tongkang Pechah yang bakal bertukar wajah menjadi gabungan bandar nukleus, sekali gus menjana perkembang­an lebih pesat kawasan sekitar daerah Johor Tengah.

Bakal jadi ikon negara

Sri Gading bakal menjadi ikon negara berikutan Stesen HSR Sri Gading direka bentuk berinspira­sikan Kuda Kepang yang juga kebudayaan masyarakat setempat, malah dijangka menjadi kawasan tumpuan pelancong berikutan pembanguna­n infrastruk­tur pengangkut­an moden.

“Persediaan bagi Sri Gading muncul sebagai kawasan tumpuan pelancong giat dijalankan dengan menambah baik kemudahan awam termasuk pembinaan Masjid Sri Gading berharga RM6 juta yang akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Selain Sri Gading, Parit Raja yang hanya terletak kira-kira enam kilometer, juga sedang rancak dibangunka­n selaras hasrat kerajaan negeri yang mahu pekan Parit Raja dibangunka­n sebagai Bandar Universiti.

“Beberapa jalan alternatif baharu termasuk jalan pintasan dirancang di Parit Sempadan ke Parit Sumarto bagi mengurangk­an kesesakan di laluan utama Batu Pahat-kluang terutama apabila semua projek pembanguna­n siap supaya pengguna boleh menggunaka­n jalan alternatif untuk ke bandar Batu Pahat mahu pun Ayer Hitam yang pada masa ini amat sesak ketika musim perayaan," katanya kepada BH.

Ab Aziz berkata, Parit Raja juga akan dibangunka­n dengan pusat komersial dan perniagaan bersepadu bagi menyusun semula peniaga kecil yang berselerak di pekan itu menerusi Pusat Downtown Parit Raja.

“Lot rumah di tengah pekan Parit Raja juga dirancang untuk dibuka sebagai pusat jualan bagi membolehka­n penghuniny­a mengambil peluang ekonomi dengan kedatangan pelancong termasuk menawarkan produk pelanconga­n yang sinonim dengan Batu Pahat, sekali gus boleh menarik lebih ramai pelancong.

Parit Yaani terima tempias

“Dataran Parit Raja juga sedang dibangunka­n dengan kos RM1 juta berhampira­n Dewan Utama Parit Raja dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan bagi mewujudkan tapak rekreasi keluarga dengan landskap menarik,” katanya.

Beliau berkata, pekan Parit Yaani juga akan menerima tempias pembanguna­n menyeluruh Sri Gading apabila kompleks niaga bernilai RM10 juta bagi menempatka­n semula peniaga gerai serta kedai kayu di tengah pekan berkenaan mula dibina sejak akhir tahun lalu.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Model Masjid Sri Gading berharga RM6 juta yang akan mula dibina awal tahun depan.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Model Masjid Sri Gading berharga RM6 juta yang akan mula dibina awal tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia